Masuk Gegar Vaganza Tak Bincang, Lan Kristal Disingkirkan?

Itulah asam garam kumpulan muzik, keluar masuk ahli adalah perkara biasa tetapi agak mengejutkan juga apabila kumpulan rock terkenal tanah air, Kristal sedang mencari pengganti penyanyi utamanya, Lan yang kini sedang bersaing dalam Gegar Vaganza. Puncanya, Lan tak maklumkan kepada ahli kumpulan Kristal yang dia nak masuk Gegar Vaganza dan buat projek solo tanpa pengetahuan kumpulannya. Pendek kata, Lan Kristal disingkirkan?

Pulak dah?

Admin minat juga kumpulan Kristal ini kerana mereka di antara kumpulan yang aktif memperjuangkan muzik rock di kalangan pemuzik generasi baru. Mana nak jumpa kumpulan anak muda rock yang aktif dan konsisten macam mereka, banyak dah bungkus.

Betul ke Lan Kristal akan disingkirkan? Rasanya betul selepas Rody, pemain gitar utama kumpulan Kristal sendiri yang mengumumkan melalui laman Instagramnya.

Lan Kristal Disingkirkan

Teringat pula kepada Joe Branko yang keluar kumpulan Wings dan menubuhkan kumpulan Prime Domestic. Tetapi, situasi Lan Kristal ini berbeza, dia nak pergi solo.

Harap mereka duduk berbincang, benda boleh selesai. Mereka bukan baru bersama daripada zaman budak-budak lagi dan dah jadi bapak budak.

Masuk Gegar Vaganza Tak Bincang, Lan Kristal Disingkirkan?

MALAM tadi, Rody yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Kristal telah membuat pengumuman di Instagramnya untuk mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asal kumpulan tersebut, Lan yang kini sedang berjuang dalam program Gegar Vaganza (GV).

Menurut Rody, memang benar status tersebut ditulis olehnya setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang lama.

“Kami akan buat auditions mencari penyanyi baru. Insya-ALLAH pengumuman akan dibuat. Semoga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.

“Takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula,” katanya.

Lan Kristal Disingkirkan

Tambah Rody, tentang tarikh dan lokasi auditions akan diberitahu kemudian.

“Kami akan bersidang dulu dengan pengasas/pengurus Kristal Pak Din. Mungkin juga akan jumpa Awie,” jelas Rody kepada Sinar Harian.

Rody memberitahu bahawa mereka perlu mencari penyanyi baru kerana ada peminat yang menganggap kumpula Kristal sudah tak ada setelah melihat Lan muncul solo di GV.

Mesti Baca: Album Terbaru Search KATHARSIS, Tonton Single Pertama “Sidang Kanggaroo”

“Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul.

“Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul. Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la.

“Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah. Cuma kena cari penyanyi barulah. Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi. Kalau tak maka terkontang-kanting kami,” luah Rody lagi.

Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?

“Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal,” ujar Rody – Sumber

Kalau Lan Kristal disingkirkan memang memberi kesan juga kerana bukan senang peminat nak terima penyanyi baru, maklumlah dah berbelas tahun dengar suara Lan je.

Tapi, Kristal kena bergerak, mereka kumpulan muzik. Bagaimana nak buat persembahan kalau tiada penyanyi.

Dan Lan pula jika serius nak jadi penyanyi solo, beliau mesti belajar dan berusaha untuk bergerak sendiri tanpa mengaitkan namanya dengan kumpulan yang telah menaikkan namanya.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!