Temperature Kereta Naik? Apa Punca Dan Cara Mengatasi?

Sedang anda seronok memandu terpandang kepada meter kereta dan mendapati meter temperature kereta naik dan semakin menaik. Apakah perasaan anda ketika itu dan apakah yang perlu dilakukan?

Gelabah betul tak? jalan terbaik adalah cari tempat selamat untuk berhenti dan fikir tindakan yang mesti dilakukan. Kalau pernah hadapi situasi temperature kereta naik mungkin tak gelabah sangat tetapi bagi yang tiada pengalaman langsung dengan situasi ini memang rasa nak menangis.

Tidak kira pemandu lelaki atau wanita, apabila berhadapan dengan situasi macam ini kena bertenang. Setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Jom kita lihat apa punca temperature kereta naik dan cara mengatasinya.

Punca Temperature Kereta Naik Dan Cara Mengatasi

Punca meter temperature naik adalah kerana enjin kereta anda sedang mengalami situasi kepanasan melampau atau biasa dipanggil “overheating”. Jika anda sedang berhadapan dengan situasi ini, jom buat semakan apakah yang sedang berlaku?

1. Hos Getah

Hos getah yang lusuh, reput dan nampak usang mungkin menyebabkan berlaku kebocoran pada hos getah tersebut. Cuba picit untuk melihat kebarangkalian melihat air memancut keluar daripada hos getah tersebut.

Temperature Kereta Naik

Cara Mengatasi:

Tukar hos getah yang bocor atau sudah lusuh, periksa juga klip-klip yang mengikat hos getah sama ada kuat atau longgar. Jangan terlalu kuat dan jangan pula terlalu longgar.

2. Kabel Earth Enjin

Kabel earth enjin yang longgar atau terlucut juga menjadi punca temperature kereta naik. Mungkin ada yang tidak tahu di mana letaknya kabel earth enjin, ianya bergantung kepada model kereta.

Minta tolong mereka yang tahu di mana letaknya kabel earth enjin, mekanik atau sesiapa sahaja. Cuba lihat jika kabel tersebut tercabut atau longgar.

Temperature Kereta Naik

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Cari Punca!

Mesti Baca: Tahu Tak Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah?

Cara Mengatasi:

Ketatkan kabel earth enjin jika ianya longgar atau terlucut. Periksa juga pendawaian sama ada berlaku kerosakan atau tidak.

3.  Radiator

Kerosakan radiator adalah punca utama temperature kereta naik. Radiator yang bocor boleh berlaku di banyak tempat sama ada pada badan atau bilah radiator tersebut.

Kerosakan ini agak susah untuk dikesan, mekanik lebih arif dengan melihat apakah kerosakan yang berlaku kepada radiator tersebut.

Temperature Kereta Naik

Cara Mengatasi:

Jika bilah radiator yang rosak, ianya boleh ditukar kepada yang baru. Jika kebocoran radiator yang serius, anda terpaksa menukarnya kepada yang baru atau dapatkan yang terpakai.

4. Kipas Radiator

Kipas radiator yang berputar lemah atau tidak berfungsi langsung menyebabkan enjin panas (overheating). Ini mengakibatkan temperature kereta naik.

Kipas yang berfungsi tetapi dengan putaran yang lemah disebabkan oleh motor kipas atau radiator motor fan sudah rosak. Ianya menyebabkan enjin tidak dapat disejukkan kerana angin yang disedut untuk menyejukkan enjin tidak cukup banyak.

Temperature Kereta Naik

 

Cara Mengatasi:

Tukar motor kipas atau radiator motor fan. Semak juga pendawaian pada kipas radiator tersebut.

5. Core Plug

Core plug juga mudah bocor. Secara tak langsung, ianya menjadi punca suhu kereta anda naik. Ianya mungkin disebabkan longgar atau berkarat seterusnya membentuk lubang-lubang halus.

Ambil cermin atau lampu suluh, perhatikan jika terdapat lelehan berkarat yang keluar daripada blok enjin.

Temperature Kereta Naik

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Cara Mengatasi:

Jika anda tidak dapat mengesan kebocoran pada core plug tersebut, minta bantuan mekanik dan tukar kepada core plug yang baru jika ianya menjadi punca temperature kereta naik.

6. Enjin Bocor

Jika semua punca temperature kereta naik sudah disemak dan diteliti tetapi masih tidak dapat dicari masalah yang berlaku, mungkin enjin kereta anda bocor.

Kebocoran enjin berlaku di antara gasket cylinder head dengan block enjin atau piston head atau block enjin itu sendiri telah retak/bocor.

Temperature Kereta Naik

Buka radiator cap dan perhatikan coolant. Kehadiran minyak atau buih dalam coolant menunjukkan kebocoran di dalam enjin.

Cara Mengatasi:

Kalau gasket atau kepala silinder (cylinder) sahaja yang perlu ditukar, anda boleh lakukan sendiri tetapi jika enjin kereta yang memang bocor teruk, anda terpaksa menukar block baru atau cari saja enjin terpakai.

Mesti Baca: Apa Punca Gearbox Auto Susah Masuk?

Mesti Baca: Tips Memandu Kereta Auto Cara Selamat

Itulah serba sedikit yang perlu anda tahu apabila berhadapan dengan situasi temperature kereta naik. Jika boleh selesaikan sendiri ianya lebih baik di samping menjimatkan kos. Jika tak dapat kesan langsung masalah, minta tolong kawan atau mekanik.

Pakai kereta memang begitu, tambah pula kereta sudah lama atau membeli kereta terpakai, memang masalah tak akan habis 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!