Menu

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Banjir

Agak mengejutkan juga apabila Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang yang terletak di daerah Temerloh dilanda banjir.

Tetapi tidak mustahil juga berlaku sebab Temerloh dilanda hujan lebat setiap petang atau malam. Banyak sungai menunjukkan peningkatan paras air ketika ini.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang adalah pusat pelancongan popular di Temerloh yang dikunjungi pelancong dalam dan luar negara untuk melihat gajah dan menyertai aktiviti bersama gajah jinak.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Admin selalu berkunjung ke sini bawa anak-anak pada cuti hujung minggu. Menonton persembahan gajah, bagi gajah makan dan sebagainya.

Mesti Baca: Keliru Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England?

Apabila menerima beberapa keping gambar melalui aplikasi Whatsapp hari ini memang terkejut juga sebab banjir yang melanda Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah tersebut agak besar sehingga air melimpah ke kawasan lobi dan pintu masuk tempat tersebut.

Untuk pengetahuan, lobi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah terletak di kawasan yang berbukit dan agak mustahil untuk air sungai berhampiran melimpah sehingga ke lobi.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Banjir

HUJAN lebat di bahagian hulu Sungai Teres, di Temerloh, malam semalam, menyebabkan banjir kilat di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, hari ini.

Justeru, pusat pelancongan menempatkan 24 gajah itu ditutup kepada pengunjung hari ini berikutan limpahan air sedalam satu meter yang turut menjejaskan pejabat pentadbiran.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Pengarah PKGK Nasharudin Othman berkata, air mula naik malam semalam hingga memaksa kakitangan memindahkan sebahagian gajah ke kawasan bukit berhampiran.

Katanya, banjir kilat itu menyebabkan hampir keseluruhan kawasan rendah ditenggelami air.

Beliau berkata, seramai 20 orang terdiri daripada isteri dan anak kakitangan PKGK yang tinggal di kuarters sudah dipindahkan ke balai raya berhampiran oleh anggota bomba dan penyelamat menggunakan bot.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

“Operasi memindahkan sebahagian gajah yang berada di kawasan dinaiki air bermula malam semalam, kita terpaksa memindahkan haiwan berkenaan ke bukit berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

Nasharuddin berkata, pihaknya akan memindahkan sebahagian lagi gajah ke hutan berhampiran jika paras air terus naik dan membahayakan nyawa haiwan berkenaan – Sumber

Harap gajah-gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang tersebut berada dalam keadaan selamat.

Selain itu, kita bimbang juga gajah-gajah berkenaan terlepas akibat banjir tersebut yang mungkin boleh mengancam tanaman dan nyawa penduduk tempatan.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!