Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Dunia

Rahsia umur panjang wanita tertua dunia didedahkan oleh seorang wanita warga Itali yang bakal berumur 117 tahun pada bulan ini.

Emma Morano dilahirkan pada tahun 1899 dan memegang gelaran wanita tertua di dunia setelah kematian Susannah Mushatt Jones iaitu pemegang rekod terdahulu.

Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Dunia. Apa Kata Beliau?

“Saya hanya makan dua biji telur setiap hari dan juga biskut-biskut.”

Telur tersebut tidak digoreng ataupun dimasak. Saya hanya akan makan dua biji telur mentah setiap hari selama berdekad.”

“Selain itu, doktor juga ada memberitahu bahawa tabiat makan tersebut membantu penyakit anemia saya.”

Rahsia Umur Panjang

Menurut Emma Morano lagi, antara sebab utama rahsia umur panjang beliau adalah ‘tidak dikuasai oleh sesiapa’. Beliau telah berpisah dengan suami pada umur 30-an dan sejak itu beliau hidup bebas dan tidak dikongkong sesiapa.

Baca Juga: Pekerja Jepun Cepat Mati Kerja Berlebihan

Dr Carlo Bava seorang doktor yang menjaga dan merawat Emma Morano berkata beliau kagum dengan wanita tertua di dunia ini yang tabah dan kental meneruskan hidup. Itulah yang menjadi rahsia umur panjang Emma Morano.

“Apa saja yang terjadi di dalam hidupnya, dia benar-benar akan pulih dan hidup dengan baik,” kata Dr Carlo Bava – Sumber dipetik daripada Sinar Harian

Wanita tertua dunia, Emma Morano mendedahkan apa rahsia umur panjang beliau.

Bayangkan dengan hanya makan dua biji telur setiap hari dan juga biskut kita boleh hidup lama.

Anda sanggup? Admin tak sanggup tekak mesti nak nasi juga. Mana boleh tahan 🙂

Apapun pada pendapat admin, untuk hidup lama kita perlu amalkan budaya hidup yang sihat dan makan makanan yang berkhasiat itu saja.

Elakkan stress dan tekanan. Selesaikan masalah dengan tenang. Itulah rahsia umur panjang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!