[Fakta] Rajin Buat Kerja Rumah Panjang Umur..

Kajian terbaru daripada pakar kesihatan di sebuah universiti di Kanada menjelaskan bahawa individu yang rajin buat kerja rumah lima kali seminggu selama setengah jam mampu memanjangkan hayat atau dalam bahasa mudah panjang umur.

Jadi, kepada yang nak panjang umur terutama lelaki bolehlah jenguk-jenguk kerja di dapur, cuci lantai, berkebun dan sebagainya.

Bukan setakat panjang umur sahaja, yang penting dapat mengurangkan bebanan isteri bagi yang telah berkahwin. Kalau semua nak harap pada isteri sahaja buat kerja rumah, dia yang panjang umur. Jadi, isteri dah boleh ucap selamat jalan romeo 🙂

Individu Rajin Buat Kerja Rumah Panjang Umur

ONTARIO, KANADA 22 Sept. – Kajian terbaharu oleh pakar kesihatan di sebuah universiti dekat sini mendapati, aktiviti berkebun, mencuci lantai atau membersihkan dapur mampu menyelamatkan nyawa.

Laporan kajian dari McMaster University itu mendapati, melakukan kerja rumah lima kali seminggu selama setengah jam dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 28 peratus dan penyakit jantung sebanyak 20 peratus.

Lebih banyak kerja rumah yang dapat membantu individu untuk kekal aktif selama 750 minit seminggu juga didapati mengurangkan peluang untuk kematian awal hampir 40 peratus.

Mesti Baca: Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Dunia

Hasil kajian tersebut diperoleh berdasarkan kajian terperinci aktiviti harian seramai 130,000 individu berusia 35 hingga 70 tahun dari 17 negara berbeza selama hampir tujuh tahun.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa jika setiap individu melakukan aktiviti fizikal 150 minit setiap minggu kadar masalah kardiovaskular juga akan berkurangan hampir lima peratus.

 Buat Kerja Rumah

Pakar yang mengetuai kajian tersebut, Dr. Scott Lear seperti dipetik Daily Mail berkata, laporan ber­­kenaan akan menggalakkan orang ramai terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk sentiasa kekal aktif walaupun mereka tidak mempunyai akses ke gim.

“Hasil kajian ini menekankan bahawa apa sahaja jenis aktiviti fizikal yang dilakukan secara rutin sama ada membersihkan rumah atau berjalan cepat untuk bekerja pada waktu pagi membantu kita kekal cergas dan sihat.

Mesti Baca: Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

“Cara tersebut juga me­rupakan pendekatan kos rendah untuk mencegah penyakit kardiovaskular dan kajian kami menyediakan bukti kukuh untuk menyokong campur ta­ngan badan kesihatan awam bagi meningkatkan semua bentuk aktiviti fizikal di rantau ini,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyor­kan orang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun perlu melakukan senaman selama 150 minit setiap minggu di samping latihan kecergasan dua kali seminggu.

Tetapi anggaran menunjukkan bahawa hanya satu perempat penduduk di se­luruh dunia memenuhi garis panduan tersebut – Sumber

Admin selalu tolong isteri buat kerja rumah, bukan sebab nak panjang umur tetapi sayang isteri.

Jadi, kepada individu yang nak panjang umur bolehlah rajin-rajinkan diri buat kerja rumah ok, kalau bukan sebab nak hidup lama pun, ianya dapat memupuk keharmonian rumah tangga 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!