Rakam Video Salah Orang Lain Sendiri Kena Saman Kata JPJ

Rakam video salah orang lain menggunakan telefon bimbit memang seronok lepas tu “viral” di Facebook dan Whatsapp. Semua pakat “share” anda dah jadi hero tapi…. berhati-hati mulai sekarang!

Konon rakam video kesalahan pengguna jalan raya yang lain dengan telefon bimbit supaya pesalah tersebut dikenakan tindakan tapi sebaliknya anda pula yang kena saman!

Orang yang dirakam kena saman anda pun dapat surat cinta JPJ. Pakatlah kongsi duit bayar saman 🙂

Mesti Baca: Kompaun Memandu Tanpa Lesen Dikurangkan

Jom kita baca apa kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tentang kesalahan merakam video orang lain menggunakan telefon bimbit yang admin petik daripada Berita Harian Online.

Rakam Video Salah Orang Lain Sendiri Kena Saman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu, termasuk bagi tujuan merakam video kesalahan pengguna lain.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif, berkata ini kerana tindakan tetap dianggap salah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 17A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Rakam Video

Katanya hanya penumpang kenderaan dibenarkan merakam video bagi membuktikan kesalahan dilakukan pemandu kenderaan lain khususnya yang bertindak menyalahguna laluan kecemasan.

“Apabila memandu sambil menggunakan telefon bimbit ia menjadi kesalahan walaupun untuk merakam video sebagai bukti menunjukkan ada pemandu lain menggunakan laluan kecemasan… tetapi kita tiada masalah dalam soal ini jika ia dilakukan oleh penumpang.

“Kita boleh kesan dari segi sudut video yang dirakam itu sama ada diambil oleh penumpang atau pemandu, namun jika menggunakan kamera berteknologi yang memang sedia dipasang di kenderaan itu kita boleh terima, ” katanya pada sidang media ketika mengadakan Ops Tahun Baharu Cina (TBC) di Jalan Kuala Kedah, dekat sini malam tadi – Sumber

Mesti Baca: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

Mulai hari ni beringatlah. Telefon bimbit tu guna untuk benda yang sepatutnya bukan nak jadi hero “viral” sana sini.

Lagi satu… jangan nak syok sangat rakam salah orang lain. Sendiri salah tak ingat 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!