Menu

Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

Adakah rakyat Malaysia ketagih internet kerana purata masa yang dihabiskan oleh golongan pelajar di antara tiga hingga lima jam sehari untuk melayari internet? Dengan kecanggihan teknologi internet boleh di akses di mana-mana saja menambah lagi masalah ketagihan internet ini.

Kebanyakan golongan pelajar melayari internet untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan mereka dan selebihnya melayari laman sosial untuk berhubung.

Kajian menunjukkan kira-kira 20 peratus kanak-kanak menghabiskan masa dengan bermain permainan atas talian dan ini meningkatkan lagi risiko rakyat malaysia ketagih internet.

Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

 

Pengerusi Persidangan Persatuan Ketagihan Internet Antarabangsa (Isia) 2016, Dr. Norharlina Bahar berkata, tanda ketagihan internet disifatkan sebagai kegagalan menjalankan rutin seharian akibat penggunaan internet secara berlebihan.

“Kajian yang paling membimbangkan apabila kita melihat ramai daripada golongan belia dan remaja di bawah umur 24 tahun yang menggunakan internet secara berlebihan. Apabila dia menggunakan internet secara berlebihan ia akan menyebabkan dia tidak boleh melakukan apa yang sepatutnya, contohnya tidak mahu pergi ke sekolah.”

“Ini adalah antara perkara paling kerap diberitahu ibu bapa dan apabila kita menyiasat dengan lebih dalam, kami mendapati bahawa wujud masalah penggunaan internet berlebihan khususnya permainan atas talian,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Tahunan Persatuan Ketagihan Internet Antarabangsa ke-5 di sini, hari ini.

Rakyat Malaysia Ketagih Internet

Lebih membimbangkan, ujarnya, ketagihan permainan atas talian dilihat semakin serius di mana 18.9 peratus pelajar menghabiskan masa dalam aktiviti berkenaan.”

“Kami tidak begitu bimbang tentang mereka yang menggunakan internet untuk mencari maklumat contohnya untuk kerja rumah. Itu memang penting tetapi mereka yang menggunakan internet secara berlebihan sehingga menjadi bankrap dan banyak berhutang dengan syarikat kad kredit, itu perlu dihentikan dan perlu ada kawalan terhadap golongan yang berisiko,” katanya.

Tambahnya, golongan berisiko dikenal pasti adalah lelaki belia berusia bawah 24 tahun dan mempunyai masalah memberi tumpuan. Sumber

Memang tak dapat nafikan gejala rakyat Malaysia ketagih internet agak ketara jika dilihat kepada situasi semasa. Bayangkan kanak-kanak seawal 5 tahun pun sudah pandai buka YouTube untuk menonton kartun kegemaran seperti Upin Ipin, Boboiboy dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah memantau dan mengawal gejala ketagihan internet di kalangan anak-anak mereka supaya mereka tidak terlalu asyik dengan internet dan menjejaskan pembelajaran.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!