Perantau Di Kota.. Nak Balik Cuti Aidiladha? Rancang Perjalanan Lebuhraya Karak Dan LPT

Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 01/09/2017, Jumaat depan. Pasti perantau di kota sudah tidak sabar nak pulang ke kampung halaman masing-masing. Lazimnya, Lebuhraya Utara Selatan, LPT dan Lebuhraya Karak akan sesak teruk menjelang hari perayaan. Pentingnya untuk perantau rancang perjalanan lebuhraya Karak dan LPT begitu juga di lebuhraya lain kerana anda pasti tidak mahu menempuh azab nanti.

Menariknya, cuti raya Haji tahun ini agak panjang kerana kebetulan kita menyambut Hari Kebangsaan pada 31/08/2017, Khamis menjadikan jumlah cuti sebanyak empat hari sehingga Ahad depan.

Perantau Di Kota.. Rancang Perjalanan Lebuhraya Karak Dan LPT Sempena Cuti Aidiladha

ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna merancang perjalanan pulang ke pantai timur sempena cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.

Menurut kenyataan Anih yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini, Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, berkata TTA itu bagi membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada masa yang sama di plaza tol, khususnya Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga menyebabkan kesesakan.

Mesti Baca: Tahu Tak Gambar Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2017?

Rancang Perjalanan Lebuhraya Karak Dan LPT

“Sempena cuti Merdeka dan Aidiladha, kita menyarankan pengguna dari Lembah Klang menuju ke Pahang pada 30 dan 31 Ogos 2017, memilih sama ada memasuki KLK dan LPT 1 antara 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam.

“Pengguna yang mahu ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama, boleh memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 11 pagi atau 5 petang hingga 8 malam,” katanya – Sumber

Perantau-perantau di kota jangan lupa rancang perjalanan sebelum pulang ke kampung.

Memang dijangka lebuhraya akan sesak kerana cuti panjang minggu hadapan bermula hari Khamis.

Pastikan kelengkapan seperti makanan, minuman dan isi minyak penuh sebelum masuk lebuhraya, mana tahu anda terpaksa tempuh kesesakan teruk nanti.

Sekali lagi admin ingatkan, rancang perjalanan lebuhraya Karak dan LPT begitu juga di lebuhraya lain ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!