Rani Kulup Mahu Kahwin Datuk Vida Tapi Macam Tak Lepas Syarat….

Geli hati admin apabila dapat tahu Rani Kulup mahu kahwin Datuk Vida. Bukan sebab beliau tak hensem tapi syarat-syarat nak kahwin dengan Datuk Vida tu lelaki mana yang sanggup..

Besar hajat abang Rani Kulup tetapi admin rasa macam tak lepas syarat je..

Nak tahu apa syarat-syarat nak kahwin dengan Datuk Vida?

Rani Kulup Mahu Kahwin Datuk Vida Tapi Macam Tak Lepas Syarat….

Sensasi Internet Abdul Rani Kulup menyatakan hasrat untuk memperisterikan pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.

Abdul Rani yang menggelarkan dirinya sebagai ‘ayah’ berkata, beliau boleh menjadi seorang suami yang baik dan berharap agar Hasmiza dapat menerimanya, lapor Sinar Online.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” kata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu.

Mesti Baca: 1 Bilion Pengguna Whatsapp Setiap Hari

Selain itu, ditanya tentang penerimaan isteri-isterinya mengenai hasrat berkenaan, Abdul Rani berkata:

“Isteri-isteri ayah ‘steady’,” katanya lagi yang sudah mempunyai dua isteri.

Selain ingin menjadikan isteri, Abdul Rani turut berhasrat untuk berduet dengan Hasmiza, 46.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada Hasmiza untuk memilih lagu yang akan mereka berduet.

Rani Kulup Mahu Kahwin Datuk Vida

Pada awal April lalu, perkahwinan tiga tahun Hasmiza bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah, Ipoh.

Selepas perceraian itu, Hasmiza berhasrat mempunyai calon suami bermata berwarna kelabu seperti jejaka mat salih dan seseorang yang suka membeli-belah.

Memetik laporan media tempatan, usahawan itu berkata, calon suaminya juga haruslah menerima beliau seadanya.

Mesti Baca: Anak Tidak Sah Taraf: Boleh Atau Tidak Bin/Binti Kepada Bapa?

“Dia kena ada karakter yang saya mahukan, bermata kelabu tapi ada ke calon seperti itu. Dia juga kena terima diri saya seadanya. Lelaki mana sanggup terima kalau sekali shopping saya borong 14 handbag. Pengsan lelaki tu.

“Dalam banyak-banyak resume, ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya berseloroh kepada portal Projek MMO.

Malaysiakini telah menghubungi Hasmiza dan sedang menunggu reaksi daripadanya – Sumber

Ambik kau Rani Kulup.. Datuk Vida nak lelaki mata kelabu..!

Kalau pakai kanta lekap pun syarat lain susah nak lepas juga tu, sanggup ke melayan Datuk Vida shopping sakan.

Daripada tak ada penyakit nanti dapat penyakit 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!