Menu

Ranking Harimau Malaysia Naik Satu Anak Tangga

Ranking Harimau Malaysia naik satu anak tangga dalam ranking terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menghuni kedudukan ke-161, memperbaiki kedudukan 162 bulan lalu.

Ranking terkini tersebut meletakkan pasukan Malaysia pada kedudukan ke-30 dalam kalangan negara Asia dan keempat di Asia Tenggara selepas Filipina, Thailand serta Vietnam.

Sementara itu, kedudukan ranking pasukan Asia lain dalam ranking dunia adalah seperti berikut:

Iran – 33

Korea Selatan – 40

Jepun – 51

Australia – 55

Arab Saudi – 57

ranking harimau malaysia

Ini bukan pemain pasukan Harimau Malaysia… auuuummmm

Kedudukan 10 pasukan terbaik dunia pula tidak berubah. Empat pasukan terbaik dunia FIFA ketika ini adalah:

Argentina – 1

Brazil – 2

Jerman – 3

Chile 4

Korea Utara yang akan menentang Harimau Malaysia dalam kelayakan Piala Asia pada 28 Mac ini di kedudukan 121 dunia.

Mesti Baca: Bukan Calon Presiden FAM Saja, TMJ Jadi Pemain JDT?

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Malaysia tidak mahu mengambil sebarang tindakan termasuk memboikot perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 antara Harimau Malaysia menentang Korea Utara pada 28 Mac ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan yang tegang di antara dua negara ekoran kes pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam.

Ranking Harimau Malaysia

Malaysia masih menunggu keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung venue perlawanan itu yang dicadangkan di tempat berkecuali.

Ranking Harimau Malaysia jauh jika berbanding pasukan Korea Utara.

Apapun, kita tunggu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 , Malaysia-Korea Utara pada 28 Mac nanti.

Harap, jangan jadi mangsa belasahan dengan negara yang diancam kebuluran dan terasing itu sudah.

Bagi admin, kemenangan ke atas mereka ibarat satu kemenangan moral dalam situasi tegang hubungan dua negara ketika ini.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!