Rapid KL Operasi Sehingga 2 Pagi Sambut 2017

Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi mereka di stesen dan laluan terpilih sempena sambutan Tahun Baru 2017 untuk memenuhi keperluan orang ramai untuk menyambut ambang 2017.

Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, perkhidmatan sistem rel Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi bagi stesen terpilih dan 11 laluan bas Rapid KL.

rapid kl

Baca Juga: Tambang Percuma MRT Sebulan

“Walaupun pintu masuk di stesen-stesen lain ditutup seperti jadual biasa, para pengguna masih boleh keluar dari mana-mana stesen sehingga 2 pagi untuk meneruskan perjalanan.

“Oleh itu, kami menyarankan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam pada hari berkenaan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas,” kata Lim Jin Aun hari ini.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL atau melayari laman web www.myrapid.com.my – Sumber Utusan Online

Baca Juga: Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan

Sambutan tahun baru memang meriah di bandaraya Kuala Lumpur. Orang ramai akan berkumpul bersama-sama rakan dan keluarga bagi menyambut tahun baru 2017.

Orang ramai digalakkan menaiki perkhidmatan awam bagi mengurangkan kesesakan menjelang ambang 2017 nanti. Terima kasih Rapid KL kerana melanjutkan operasi sehingga 2 pagi nanti.

Pesan admin, jaga tingkah laku. Jangan cemarkan malam sambutan tahun baru 2017 dengan perbuatan tidak senonoh, elakkan seks bebas, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!