Anwar Ibrahim: Keputusan Rayuan Bebas Ditunda

Keputusan semakan Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunda ke tarikh lain. Ini bermakna rayuan untuk membebaskan Anwar Ibrahim akan ditentukan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan berkenaan menetapkan demikian kerana mahkamah tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

Bebas Anwar Ibrahim

Terdahulu, peguam Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan hujahan bagi pihak pembelaan diikuti Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk pihak pendakwaan. Dalam hujahnya, Ahmad Kamal berkata, bukti berhubung DNA dan lokasi kejadian adalah tidak relevan dalam permohonan semakan berkenaan.

Katanya, ia kerana jika pun persoalan berhubung fakta disalah tafsir oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, bukan tugas panel yang mendengar permohonan semakan itu untuk membuat keputusan. Beliau berkata, dapatan mahkamah berhubung persoalan fakta hanya terpakai untuk diputuskan di peringkat rayuan.

Dalam penghakimannya, Mahkamah Persekutuan mengemukakan 20 alasan untuk menolak rayuan Anwar, antaranya isu kredibiliti Saiful Bukhari, cabaran perayu terhadap kesahihan DNA, teori konspirasi dan saksi pembelaan yang tidak berwibawa.

Anwar Ibrahim sudah menjalani hukuman penjara setahun lapan bulan di Penjara Sungai Buloh. Sumber 

Kes Datuk Anwar meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan memakan masa begitu lama daripada perbicaraan, menjatuhkan hukuman dan rayuan menolak kes liwat ini.

Tak dapat dinafikan pengaruh Anwar masih kuat dalam arus politik negara kerana kehadiran beliau dalam pakatan pembangkang mampu menguatkan dan merapatkan pakatan pembangkang yang dilihat rapuh sejak akhir-akhir ini.

Kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan mahkamah dapat menjalankan tugas mereka dengan adil supaya tiada pihak tertindas dalam isu ini. Benar atau tidak Anwar bersalah dalam kes liwat ini hanya masa yang akan menentukannya.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!