Menu

Real Madrid Juara Kelab Dunia 2016

Real Madrid Juara Kelab Dunia 2016 selepas jaringan hatrik Cristiano Ronaldo membantu pasukan Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 4-2 dalam masa tambahan ketika menentang kelab Jepun, Kashima Antlers dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia 2016.

Dua gol hasil jaringan Gaku Shibasaki mengejutkan juara Eropah, Real Madrid dan meletakkan Kashima Antlers mendahului 2-1 di depan penyokong sendiri, namun sepakan penalti yang disempurnakan Cristiano Ronaldo pada babak kedua mengheret permainan ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 2-2.

Baca Juga: Cristiano Ronaldo (CR7) Rangkul Ballon D’Or Kali Keempat

Real Madrid Juara Kelab Dunia 2016. Trofi Piala Kelab Dunia Kekal Milik Eropah

Real Madrid Juara Kelab Dunia 2016

Ini adalah kejuaraan Piala Dunia Kelab kali kedua diraih Real Madrid selepas memenanginya buat kali pertama pada 2014, Bayern Munich pada 2013 dan Barcelona pada 2015. Kemenangan ini memastikan trofi Piala Kelab Dunia kekal menjadi milik Eropah buat kali keempat berturut-turut.

Tahniah Real Madrid Juara Kelab Dunia 2016 walaupun mendapat tentangan sengit kelab Jepun, Kashima Antlers.

Secara peribadi, admin sangat meminati Real Madrid terutama Cristiano Ronaldo 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!