Menu

Red Warriors Tarik Diri Liga Super Musim Depan?

Pasukan Kelantan yang sinonim digelar Red Warriors dikhabarkan bakal menarik diri Liga Super Malaysia 2017 kerana krisis kewangan meruncing yang sedang melanda skuad tersebut.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam kenyataannya memberikan tempoh dua minggu lagi untuk menentukan hala tuju pasukan Kelantan dalam kancah Liga Malaysia musim depan.

Bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar berkata, pasukan Kelantan tidak menolak kemungkinan menarik diri dari Liga M sekiranya masalah kewangan dan kegagalan mendapat tajaan terus membelenggu KAFA.

Baca Juga: Gol Faiz Subri Setaraf Messi, Neymar. Jom Undi Puskas

Walaupun bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ada memberi jaminan RM3 juta sebagai persediaan pasukan musim depan namun ianya sekadar jaminan bagi memastikan Red Warriors kekal dalam liga musim depan.

Bagi KAFA menguruskan pasukan buat masa sekarang, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta bagi membayar gaji pemain untuk bulan Disember dan Januari serta kos pencarian empat pemain import musim depan.

Red Warriors Tarik Diri Liga Super Musim Depan?

Setakat ini belum ada penaja yang sudi menaja pasukan musim depan malah kerajaan negeri pun tidak dapat memberi jawapan untuk menyelamatkan pasukan Kelantan yang dilihat parah ketika ini.

Perbelanjaan keseluruhan pasukan Kelantan untuk kekal bersaing dalam Liga Super Malaysia 2017 adalah kira-kira RM15 juta dan ianya mesti dimuktamadkan dalam masa dua minggu ini.

Jika benar Red Warriors tarik diri Liga Super Malaysia musim depan kemeriahan liga dilihat sedikit “cacat” kerana penyokong pasukan Kelantan dikenali dengan semangat padu dan kental dalam menyokong pasukan mereka.

Harap mereka dapat mencari penaja dengan segera kerana kita tidak mahu sebuah pasukan hebat Pantai Timur ini tersisih dan pastinya mengurangkan aura Liga Malaysia musim depan.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!