Remaja Arab Saudi Pikat Gadis Amerika Ditangkap Polis

Remaja Arab Saudi, Abu Sin yang menunjukkan kehandalannya memikat gadis Amerika Syarikat, Christina Crockett, 21 yang berasal dari California melalui laman YouNow telah ditangkap polis Arab Saudi. Kisahnya begitu mendapat perhatian ramai sehingga menarik 6.5 juta penonton walaupun penggunaan bahasa inggeris Abu Sin bercelaru.

Remaja Arab Saudi Pikat Gadis Amerika Ditangkap Polis

Abu Sin telah melanggar undang-undang Syariah dan undang-undang teknologi maklumat Arab Saudi dan didapati menunjukkan perangai “tidak beretika”.

Peguam Arab Saudi, Abdulrahman menjelaskan bahawa undang-undang Syariah Arab Saudi juga berfungsi di dunia maya.

“Video-video remaja Arab Saudi  bersama dengan gadis comel Amerika Syarikat tersebut menerima banyak komen dan ramai pelayar di kalangan rakyat awam Arab Saudi mahukan beliau dihukum kerana kelakuannya”.

“Remaja berkenaan berhadapan dengan hukuman penjara setahun sehingga tiga tahun, bergantung kepada hakim,” kata Abdulrahman. Sumber

Kisah remaja Arab Saudi, Abu Sin memikat gadis Amerika Syarikat, Christina Crockett mendapat perhatian ramai kerana dengan penggunaan bahasa inggeris yang teruk pun beliau masih boleh memikat gadis comel tersebut.

Banyak video beliau memikat gadis comel tersebut boleh ditonton dalam internet. Dengan gaya tersendiri, rupa yang tak seberapa, penggunaan bahasa inggeris yang teruk beliau membuktikan itu bukan alasan untuk gagal memikat gadis comel seperti Christina Crockett 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!