Ribuan Peluang Kerja SL1M Zon Timur 2017

Selepas kejayaan Program Skim Latihan 1 Malaysia Zon Tengah pada 21 dan 22 Februari 2017 lalu, SL1M datang lagi. Kini SL1M Zon Timur 2017 pula akan menemui graduan dan pencari kerja. Ambil peluang terbaik ini untuk mencari peluang pekerjaan, menimba pengalaman temuduga dan melibatkan diri dalam berbagai-bagai lagi aktiviti menarik.

Jika sebelum ini terdapat kira-kira 25,000 Peluang Kerja Dan Latihan SL1M 2017 Zon Tengah, dijangka SL1M Zon Timur 2017 juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada syarikat-syarikat besar dan kecil untuk mencari orang ramai yang berminat berkhidmat dengan mereka.

Ribuan Peluang Kerja SL1M Zon Timur 2017

  • Tarikh SL1M Zon Timur: 29 dan 30 Mac 2017
  • Lokasi: Sport Centre, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Pendaftaran: Bermula Jam 7 Pagi

Berita baik kepada pencari kerja dan graduan yang mahu ke SL1M Zon Timur, jika tidak mahu beratur panjang semasa pendaftaran nanti, anda kini boleh membuat pendaftaran SL1M Zon Timur Online. DAFTAR ONLINE SEKARANG

SL1M Zon Timur 2017

Sama seperti program SL1M Zon Tengah baru-baru ini, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan sangat penting untuk mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan dan selain daripada SL1M terdapat juga pelbagai lagi peluang-peluang pekerjaan yang boleh anda memohon.

Inilah masa terbaik kepada anda bagi mendapat peluang pekerjaan dalam temuduga terbuka dan dapat mengikuti pelbagai aktiviti kerjaya dan latihan yang membantu anda merancang masa depan.

Apa Kelebihan Menghadiri Program Temuduga Terbuka SL1M Zon Timur 2017?

Bagi mereka yang hadir pada sesi temuduga terbuka ini akan berpeluang mengikuti program-program seperti berikut:

  • Soft Skills
  • Inhouse
  • On-Job-Training
  • Belajar Cara Membuat Resume
  • Skil Komunikasi dan Penampilan Menghadiri Temuduga

Jangan lepaskan peluang hadir ke program ini kerana terdapat pelbagai peluang kerja dan latihan. Paling penting, jangan lupa bawa resume dan pastikan berpakaian kemas. Baca Rahsia Resume Kerja dan Rahsia Bijak Temuduga

Sekali lagi admin nak ingatkan…

Program Temuduga Terbuka SL1M Zon Timur 2017 akan diadakan di Sport Centre, Universiti Malaysia Pahang (UMP) 29 dan 30 Mac nanti.

Jangan asyik mengeluh. Peluang kerja dah ada cuma nak atau tak saja..

Jangan terlepas ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!