Menu

Rock Bro Kutip 1.5 Juta Dalam 5 Hari

Tahniah pengarah Mamat Khalid kerana filem Rock Bro kutip 1.5 juta dalam 5 hari tayangan yang bermula pada 27 Oktober 2016 lalu.

Memang tak dapat nafikan filem Rock Bro yang ditunjangi oleh pelakon berkaliber tanah air ini amat ditunggu-tunggu tambahan pula ianya merupakan karya yang akan menamatkan perjalanan seni kumpulan Rimba Bara.

Walaupun jualan tiket filem tempatan dilihat agak suram dan lembab tapi ianya bukan alasan untuk filem Rock Bro menggegarkan peminat filem tempatan.

Sinopsis Filem Rock Bro

Rimba Bara terus gigih dan bersemangat meneruskan perjuangan kumpulan Rimba Bara di dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik walaupun penanyi utama Rimba Bara iaitu Zul Kapan beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU.

Baca Juga: Rock Bro Penamat Legasi Filem Rock

Sementara itu, Jijoe pula telah jatuh cinta dengan Ratu Rock Ella ketika terserempak di studio rakaman. Jijoe yang terlalu sayangkan Ella sanggup meninggalkan kehidupan sebagai rocker dan menjadi kontraktor sebagai bukti dia benar-benar mencintai Ella.

Rock Bro merupakan filem yang menamatkan perjalanan seni kumpulan rock Rimba Bara menampilkan barisan pelakon handalan seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.

Rock Bro Kutip 1.5 Juta Dalam 5 Hari

Rock Bro Kutip 1.5 Juta Dalam 5 Hari, Apa Kata Mamat Khalid?

Kejayaan awal Rock Bro dicapai apabila pihak pawagam meminta ia ditayangkan lebih awal daripada tarikh asalnya iaitu pada 27 Oktober lalu.

Lebih menggembirakan lagi apabila jumlah pawagam untuk tayangan filem Rock Bro ditambah, iaitu dari 90 kepada 103 panggung. Sokongan sebegitu sudah cukup untuk membuat kami semua berbesar hati,” kata Mamat Khalid yang dipetik daripada Berita Harian Online.

Pasti kelibat watak-watak seperti Amy Mat Piah, Zul Kapan, Jijoe, Black, Slash dan ramai lagi akan dirindui pada masa depan kerana mereka berjaya meninggalkan bekas di hati peminat kerana nostalgia dunia rock tempatan yang megah suatu ketika dulu tak akan berulang lagi.

Sekali lagi tahniah Mamat Khalid dan semua pelakon yang terlibat kerana filem Rock Bro kutip 1.5 juta dalam 5 hari tayangan walaupun industri filem tempatan kelihatan suram.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!