Rock Bro Penamat Legasi Filem Rock

Filem Rock Bro akan mula menerjah panggung wayang berhampiran anda pada 27 Oktober 2016. Jangan terlepas menyaksikan penamat legasi filem Rock dengan barisan pelakon hebat dan berbakat besar dalam indusri filem tempatan. Hidup Rimba Bara!

Rock Bro Noktahkan Perjalanan Rimba Bara

Filem Rock diarahkan oleh pengarah Mamat Khalid dan ditayangkan pada 08 Disember 2005  dengan konsep muzikal komedi. Ianya dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman, Mohamad Shoffi Jikan, Nabila Huda dan Siti Elizad.

Rock Bro

Sambutan hebat peminat terhadap filem Rock memberikan semangat kepada Mamat Khalid menyambung perjalanan kumpulan Rimba Bara dengan menghasilkan Rock Oo (Rimba Bara Kembali).

Kali ini Hasnul Rahmat tidak turut serta kerana telah mendapat kerja tetap di Pejabat Pos dan berkahwin dengan Siti Elizad. Rimba Bara membawa masuk Slash (Pekin Ibrahim) sebagai gitar utama.

Baca Juga: Keputusan Konsert Kedua Gegar Vaganza 3

Penutup perjalanan kumpulan Rimba Bara akan dapat disaksikan pada 27 Oktober 2016 dengan filem Rock Bro Khabarnya banyak elemen kejutan dalam Rock Bro terutama daripada penyanyi utama Zul Kapan (Mohamad Shoffi Jikan) dan pemain bass Rimba Bara Jijoe (Khir Rahman).

Rock Bro

Admin adalah peminat setia filem Rock dan tak pernah jemu menonton siri filem Rock ini berulang kali. Siapa yang lahir dalam era 80 an ketika muzik rock sedang hangat sempat menonton Amy Search dan Awie Wings digunting rambut secara langsung ketika isu rambut panjang kumpulan rock tempatan.

Memang gempak zaman 80-90 an ketika muzik rock menguasai industri muzik tempatan dengan lambakan kumpulan rock. Bayangkan anugerah Juara Lagu ketika era tersebut didominasi oleh barisan pemuzik rock sehingga susah penyanyi aliran bukan rock nak cari makan 🙂

Ok jangan lupa saksikan filem Rock Bro! pada 27 Oktober 2016 nanti di pawagam perhampiran anda. Ingat! ini adalah perjalanan terakhir kumpulan Rimba Bara.

Hidup Rimba Bara!

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!