Menu

Rohingya: Aung San Suu Kyi Tengok Je?

Ikon demoksrasi Myanmar yang kini kaunselor, Aung San Suu Kyi dikiritik hebat masyarakat antarabangsa kerana mendiamkan diri dan seolah-olah menghalalkan pembersihan etnik Rohingya secara kejam di Myanmar sekarang.

Rohingya yang menetap di negeri Rakhine dinafikan hak sebagai warganegara Myanmar dan mendapat layanan kelas ketiga malah boleh dianggap lebih buruk daripada binatang.

Rohingya: Aung San Suu Kyi Tengok Je?

Pemenang anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi yang menjadi simbol perjuangan demokrasi Myanmar dilihat hanya mendiamkan diri di sebalik kecaman penduduk antarabangsa terhadap penghapusan etnik Rohingya ini.

Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kala­ngan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Menurut beliau lagi, pendakwaan terhadapnya per­lu dibuat seperti kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.

rohingya

Aung San Suu Kyi ketika ini dilihat seperti mahu menyembunyikan pembersihan etnik Rohingya daripada pengetahuan dunia menggunakan taktik penafian dan melarang sepenuhnya pemantauan antarabangsa, mengehadkan bantuan kemanusiaan selain menyenarai hitam dan mengusir aktivis hak asasi manusia dari Myanmar.

Baca Juga: Kebakaran Besar Israel Mula Padam

Myanmar adalah sebuah negara yang meletakkan penganut Budha di tempat tertinggi dalam hierarki masyarakat dan memandang etnik lain sebagai warganegara kelas ketiga dengan layanan buruk dan penindasan berterusan.

Admin sedih melihat situasi di Myanmar sekarang. Mengapa mereka tergamak melayan etnik lain seperti binatang?

Rogol, bunuh, penderaan dan sebagainya menjadi “lauk” harian yang perlu dihadapi Rohingya di sana.

Walaupun mendapat kecaman masyarakat antarabangsa, Myanmar dengan ikon demokrasi mereka Aung Sann Suu Kyi hanya membisu dan terus melakukan jenayah kejam ini.

Myanmar mesti dipulaukan! Aung San Suu Kyi ditarikbalik anugerah Nobel Keamanan. Dunia mesti bertindak. Selamatkan Rohingya! 

Leave a Reply

error: Content is protected !!