400 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengiklankan di laman rasmi mereka sebanyak 400 jawatan kosong Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang boleh dimohon oleh individu yang berkelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda. Ambilan untuk mengisi kekosongan Pegawai PTD tersebut dijangka pada bulan Ogos 2018.

Ini peluang terbaik kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba nasib memohon jawatan tersebut. Jika anda ada ijazah tidak kira apa bidang sekali pun boleh cuba memohon.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Bagi yang telah memohon jawatan ini dalam permohonan terdahulu tidak perlu berbuat apa-apa lagi. Jika anda tidak memohon jawatan ini segera kemaskini permohonan SPA anda .

KEMASKINI PERMOHONAN SPA BAGI JAWATAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK GRED M41

Sila ambil perhatian serius permohonan untuk mengisi 400 jawatan kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 ini akan ditutup pada 03 September 2017 (Ahad), jam 11.59 malam.

Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Proses ambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 di bawah seliaan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kelayakan minimum adalah Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara. Permohonan untuk mengisi jawatan PTD ini adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jika layak tapisan awal anda akan dipanggil untuk mengambil Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan sekiranya lulus peperiksaan anda akan dipanggil untuk PTD Assessment Centre (PAC) yang merupakan mekanisme bagi membantu JPA membuat penilaian terhadap kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk dipanggil Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik seterusnya dilantik ke perkhidmatan awam.

Permohonan SPA —> Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik —> PAC —> Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik —> Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam Sebagai PTD

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Kebiasaannya ada 3 bentuk Ujian yang perlu dihadapi semasa peperiksaan PTD nanti. TIADA lagi soalan esei selepas peperiksaan online dijalankan. Formatnya seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Ujian Psikometrik

Format Peperiksaan PTD yang tepat akan diketahui sebaik saja SPA mengumumkan tarikh Peperiksaan Online PTD nanti. Anda boleh baca dahulu Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk mendapat sedikit gambaran apakah jenis soalan yang anda bakal hadapi.

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Bagi menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41, anda boleh memilih untuk membuat ulangkaji sendiri, google maklumat, cari contoh soalan dan nota, buat kajian dan sebagainya.

Tetapi berdasarkan pengalaman calon terdahulu, masa dan sumber adalah MASALAH utama untuk membuat ulangkaji sendiri untuk Peperiksaan Online PTD.

Mesti Baca: CGPA Rendah, Ijazah Tak Iktiraf Antara Punca Gagal Dapat Kerja

Bukan senang nak dapatkan maklumat berkaitan nota, contoh soalan dan sebagainya kerana tiada perkongsian terbuka dibuat untuk jawatan ini.

Alternatifnya, anda sangat memerlukan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sebagai senjata UTAMA untuk mengatasi ribuan calon lain.

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini dalam bentuk EBOOK yang mana anda boleh muat turun dengan LINK KHAS yang diberi melalui EMAIL.

Ebook Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini telah membantu ribuan calon lulus peperiksaan PTD sejak 2009. Di antara isi kandungan ebook ini:

  • Penerangan lengkap Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
  • Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan Jawapan untuk setiap Seksyen (dikemaskini mengikut tahun semasa)
  • Nota Khas GTP mengikut tahun semasa
  • Nota Isu Semasa mengikut tahun semasa
  • Koleksi Soalan Matematik
  • Pakej Soalan Sahsiah dan Minat
  • UPDATE PERCUMA 5 tahun (jika gagal anda TIDAK perlu beli lagi)
  • Macam-macam lagi….

Bagaimana Cara Mendapatkan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41?

Untuk makluman, rujukan ini ditutup buat sementara waktu sehingga SPA mengumumkan Tarikh Peperiksaan PTD terkini.

Tujuannya adalah untuk kemaskini Nota dan Contoh Soalan PTD mengikut format terkini peperiksaan yang akan diumumkan nanti.

Jika tak mahu terlepas pandang BILA RUJUKAN INI DIBUKA sila masukkan NAMA dan EMAIL di bawah. Nanti anda akan dimaklumkan dengan pantas apabila ianya siap dilancarkan semula.

Sila “Like Facebook Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik – PTD M41 untuk sebarang info terkini berkaitan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.

Ini peluang baik kepada yang berminat menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41!

400 kekosongan akan diisi kemungkinan Ogos 2018 tetapi proses pengambilan akan bermula sebaik sahaja tamat tarikh iklan nanti.

Jangan terlepas ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!