Sajat Tukar Jantina Dalam MyKad? Ada Prosedur, Ingat Senang Ke?

Lain macam pula artikel admin kali ini. Tergerak hati admin mahu menulis prosedur tukar jantina di Malaysia ini kerana tak lain tak bukan isu Sajat. Sekarang tengah meletup Sajat kononnya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status jantina dalam kad pengenalannya.

Kadang-kadang apa yang tular di internet dan media sosial bukan betul sangat. Kena dapatkan info daripada tuan badan baru boleh percaya.

Prosedur Tukar Jantina Di JPN

Balik kepada tajuk artikel, apakah prosedur tukar jantina di JPN? Senang atau susah?

Prosedur Tukar Jantina Di JPN

Menurut sumber daripada JPN, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu menukar jantina mereka pada MyKad tetapi ada prosedur dan yang ditetapkan.

Dalam proses permohonan tukar jantina antara aspek yang digunapakai oleh JPN adalah dengan merujuk kepada:

Sijil Kelahiran Yang Disahkan Doktor

Dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina iaitu:

  • Lelaki
  • Perempuan
  • Diragui

Sekiranya jantina seseorang diletakkan sebagai “diragui”, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa.

JPN menolak permohonan menukar jantina bagi individu yang telah disahkan oleh doktor seperti yang tertera dalam sijil kelahiran.

Ada permohonan menukar status jantina dalam sijil kelahiran yang disahkan tetapi JPN menolak kerana bertentangan dengan dasar JPN.

Boleh Ke Sajat Tukar Jantina Di JPN?

Jika diteliti prosedur tukar jantina yang telah ditetapkan JPN, Sajat boleh menukar status jantina dalam MyKad jika beliau adalah seorang yang berstatus “diragui” dalam sijil kelahirannya.

Status jantina diragui atau ada yang memanggilnya “khunsa” memiliki dua alat kelamin, yang mana berfungsi dengan lebih baik dan apakah kecenderungan jantina apabila seseorang berstatus diragui itu meningkat dewasa.

Jika Sajat memiliki dua alat kelamin, senang cakap jika Sajat khunsa, beliau boleh memilih untuk menjadi siapa, perempuan atau lelaki?

Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami DI Malaysia

Rasanya semua dah nampak beliau lebih ke arah mana betul tak?

Pada pendapat admin, jika Sajat khunsa, itu hak beliau untuk menukar jantina dalam MyKad kerana undang-undang membenarkan kecuali sudah tertera status lelaki dalam sijil kelahirannya.

Oklah tutup bab prosedur tukar jantina di Malaysia, bab Sajat pergi JPN tukar jantina. Jom layan saja video Sajat mengamuk apabila tular berita kononnya beliau pergi JPN untuk menukar jantina dalam MyKad.

Banyak lagi benda nak fikir daripada hal Sajat ni 🙂

 

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!