Menu

Sanggup Jual Dara Selamatkan Abang

Zaman sekarang ni macam-macam boleh terjadi. Kalau dulu benda yang kita fikir mustahil sekarang dah terjadi. Contohnya “jual dara” untuk beli sesuatu atau terdesak..

Teknologi maklumat dah canggih.. Facebook, Twitter, Email semua ada. Nak jual dara? Mudah sangat akhir zaman ni betul tak?

Ok kisah “sanggup jual dara untuk selamatkan abang” ini berlaku di China yang mana seorang pelajar perempuan cuba menjual dara kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan abangnya yang menghidap leukemia.

Tak tahu nak cakap apa betul tak? Sampai macam tu sekali pengorbanan adik kepada seorang abang. Dah tiada jalan lain ke? Baca lagi….

Xu Yanhua, 19, dilihat berada di dalam kereta api dan memegang sepanduk bagi menjual kehoramatan dirinya pada harga 200,000 yuan (RM127,676).

Jual Dara

“Rawatan itu mencecah lebih 200,000 yuan dan keluarga saya tidak mampu. Ada sesiapa yang baik hati yang boleh menyelamatkan abang saya, “tulisan pada sepanduk tersebut.

Dakwa beliau lagi ada surat doktor mengesahkan dirinya masih dara. Kalau dia tipu tak payah bayar lepas buat “projek amal” boleh ke gitu? 🙂

Abang gadis tersebut yang berusia 23 tahun disahkan menghidap leukemia tiga tahun lalu dan keluarganya terlalu miskin untuk menampung kos rawatan.

Baca Juga: Bersih 5.0 Diteruskan Kata Penganjur

Keluarganya menggunakan semua wang simpanan untuk prosedur pemindahan tulang sumsum tetapi abangnya menunjukkan kesan negatif.

Atas rasa tanggungjawab dan kasihnya seorang adik, gadis tersebut sanggup jual dara untuk melihat abangnya mendapat rawatan terbaik dan menyelamatkan nyawa abangnya.

Apa yang menyedihkan keluarga gadis tersebut tidak tahu Xu Yanhua mahu menjual dara untuk menyelamatkan abangnya.

Hidup ni satu perjudian. Pilih jalan lurus kita selamat kalau menyimpang kita tersungkur. Kadang-kadang kita rasa tindakan orang lain bodoh tapi yang berkata bodoh tersebut hanya peluk tubuh tanpa membantu.

Harap gadis tersebut berfikir panjang. Dara bukan boleh beli di pasar selepas diragut. Mungkin ada insan yang akan membantu selepas berita gadis sanggup jual dara selamatkan abang ni tersebar.

Kita pun harap perkara macam ni tak terjadi di Malaysia betul tak? 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!