Sebab Beruban Bukan Bermaksud Anda Tua!

Apabila disebut bab beruban ini admin agak emosional juga sebab admin sendiri pun dah penuh uban satu kepala walaupun masih dalam kategori umur yang tak tua sangat (hujung 30-an). Kalau umu dalam lingkungan 30 tu tak sepatutnya uban dah banyak sangat tetapi jangan terkejut kalau orang muda umur 20an pun dah beruban. Admin nak ingatkan 1 perkara jangan sebab beruban anda perasan diri dah tua dan mula berfikir macam orang tua. Bertenang…..

Sebab beruban ini ada banyak puncanya dan salah satunya faktor keturunan juga. Macam admin sendiri, arwah bapa beruban putih satu kepala tanpa seurat rambut hitam pun apabila sudah masuk umur 40an. Itu yang menyebabkan admin pun sudah mula nampak ke arah itu disebabkan faktor keturunan.

Sebab Beruban

Malu berambut putih dan banyak uban? TIDAK sedikit pun admin terasa hati kerana selain faktor usia yang semakin meningkat, rambut beruban menjadikan admin lebih berfikir ke arah masa depan sebab ianya menjadi petanda admin bukan semakin muda.

Anda pula bagaimana?

Sebab Beruban Bukan Bermaksud Anda Tua!

Apa sebab beruban dan bagaimana cara mengurangkan risiko kepala anda dipenuhi uban dalam usia yang masih muda? Selain disebabkan faktor penuaan ada beberapa lagi punca kepala beruban. Jom kita baca.

1. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin-vitamin B-6, B-12, biotin, vitamin D atau vitamin E boleh menyebabkan rambut beruban pra matang. Beberapa kajian ke atas kekurangan vitamin D-3, vitamin B-12 dan kuprum dikaitkan dengan rambut beruban seperti dilaporkan oloeh sebuah kajian dalam jurnal Development (2015).

Saintis mendapati kekurangan nutrien memberi kesan ke atas pigmentasi di mana warna rambut boleh kembali kepada warna asal dengan pengambilan penokok diet. Pengamal veganism (vegetarian) muda terdedah kepada kekurangan vitamin B-12.

2. Genetik

Sebahagian besar beruban pra-matang dikaitkan dengan faktor genetik seperti dicadangkan dalam sebuah kajian yang dilaporkan dalam Indian Journal of Dermatology, Venereology and Leprology (2013).

Kajian sama juga mendapati bangsa dan etnik juga mempunyai peranan. Beruban pra matang pada bangsa kulit putih berlaku seawal usia 20 an, 25 tahun pada orang Asia dan 30 tahun pada bangsa Afro-Amerika.

3. Stres Oksidatif

Stres oksidatif dalam tubuh juga dipercayai memainkan peranan. Stres oksidatif berlaku apabila paras antioksidan tidak mencukupi untuk mengawal (meneutral) radikal bebas.

Radikal bebas merupakan molekul tidak stabil yang merosakkan sel, jika tidak dikawal akan menyebabkan penuaan dan pembentukan penyakit.

Stres oksidatif melampau boleh menyebabkan pembentukan vitiligo yang mengubah warna rambut anda kepada warna putih kerana kematian sel melanin atau kehilangan fungsi sel tersebut.

4. Penyakit Tertentu

Penyakit autoimiun dikatakan meningkatkan risiko beruban pra matang. Sebuah kajian yang dilaporkan pada 2008 misalnya menunjukkan kaitan antara ketidaknormalan rambut dengan disfungi tiroid berpunca daripada serangan sistem imun ke atas kelenjar tiroid.

Rambut putih juga didapati berlaku pada individu yang mengalami alopecia areata iaitu sejenis masalah kulit autoimun yang menyebabkan kehilangan rambut dari kulit kepala, wajah dan bahagian lain tubuh.

Apabila rambut tumbuh semula, ia muncul dengan warna putih kerana kekurangan melanin.

Mesti Baca: Stress? Cuba Enam Cara Hilangkan Stress

Sebab Beruban

5. Tekanan

Sebuah kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis penyelidik Universiti New York seperti dilaporkan dalam jurnal Nature Medicine menunjukkan sel-sel yang bertanggungjawap terhadap pewarnaan rambut boleh berkurangan apabila tubuh mengalami tekanan (stres).

Beberapa kajian lain pula menunjukkan sungguh pun tekanan memainkan peranan, namun ia hanya merupakan sebahagian kecil peranan pembentukan uban di mana penyakit dan beberapa faktor lain memainkan peranan lebih utama.

6. Merokok

Kajian yang dilaporkan dalam Italian Dermatology Online Journal (2013) menunjukkan bahawa perokok adalah lebih mudah mengalami rambut beruban dua setengah kali ganda sebelum mencapai usia 30 berbanding bukan perokok.

Kajian yang dilaporkan dalam Journal of the American Academy of Dermatology (2015) juga menunjukkan merokok dikaitkan dengan beruban pra matang pada golongan muda.

7. Pewarna dan Produk Rambut

Pewarna rambut diperbuat daripada kimia berasaskan petroleum seperti syampu boleh menyebabkan beruban pra-matang.

Sebahagian besar produk tersebut dikatakan mengandungi bahan-bahan berbahaya yang mengurangkan melanin.

Hidrogen peroksida yang terdapat dalam pelbagai produk pewarna rambut ialah salah satu daripada bahan pengoksida yang berbahaya kepada kulit kepala dan folikel rambut.

Menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia peluntur warna secara berlebihan dikatakan lambat-laun akan menyebabkan rambut cepat beruban.

Sebab Beruban Dah Tahu, Apa Langkah Mencegah Uban Daripada Melarat?

Anda sudah tahu mengapa dan punca kepala beruban, adakah anda rela biarkan sahaja? Jika anda nak cuba berubat bolehlah gunakan langkah mencegah uban seperti berikut.

1. Pencegahan dan Penyongsangan

Merawat rambut beruban menggunakan kaedah sesuai dikatakan dapat membantu mengembalikan pigmentasi jika kehilangan warna berpunca selain genetik dan penuaan.

Jika diet dan kekurangan nutrien didapati sebagai punca maka mengambil diet yang sesuai akan membantu.

2. Antioksidan

Makanan kaya antioksidan boleh mengawal dan seterusanya mengurangkan stres oksidatif. Makanan kaya antioksidan antaranya termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran segar, teh hijau, minyak zaitun dan ikan.

3. Makanan Bernutrien

Makanan laut, telur dan daging merupakan sumber baik vitamin B-12 manakala susu, salmon dan keju pula kaya dengan vitamin D.

Jika nutrien dari makanan tidak mencukupi maka mengambil pil vitamin yang sesuai akan dapat membantu.

Artikel Menarik: Tahu Tak Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia?

Sebab Beruban

4. Berhenti merokok

Merokok menyumbang kesan buruk terhadap kesihatan dan dikatakan salah satu punca rambut beruban di mana saintis telah mendapati kaitan antara kebiasaan merokok dan kehilangan pigmentasi rambut.

5. Bahan Semulajadi

i. Daun kari

Kajian yang dilaporkan dalam International Journal of PharmTech Research menunjukkan penggunaan daun kari secara tradisional berupaya membantu mengembalikan warna asal rambut serta mencegah beruban pra matang. Gunakan minyak kelapa yang ditambah serbuk daun kari yang disangrai sebagai minyak rambut setiap hari.

ii.Amla

Kapsul mengandungi Amla (dikenali juga sebagai Amalaki, buah Melaka atau cermai hutan) yang boleh dibeli dari kedai-kedai farmasi terkemuka jika diamalkan pengambilannya boleh membantu. Ia kaya dengan pelbagai fitokimia antioksidan termasuk bioflavonoid dan vitamin C.

iii. Teh hitam

Rendam tiga hingga lima sudu teh biasa dalam dua cawan air panas. Apabila sejuk tapis dan guna air tapisan untuk melumur rambut. Biarkan selama sejam. Teh hitam kaya dengan antioksidan termasuk tannin menjadikan rambut anda lebih gelap, berkilat dan lembut – Sumber Artikel

Anda jangan runsing sangat jika rambut sudah dipenuhi uban. Itu bukan petanda anda semakin tua tetapi ianya menjadikan anda seorang yang lebih matang sepatutnya.

Tetapi…. kalau beruban terlalu muda itu anda kena semak macam tak kena pula betul tak?

Kalau dah tahu sebab beruban bolehlah cuba langkah mencegah uban daripada terus merebak ok 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!