Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Cari Punca…

Tentu kita akan marah apabila pagi nak pergi kerja, kereta tak boleh start tambahan pula terbangun lambat dengan nak bersiap lagi, hantar anak isteri sekolah lagi.. menggelabah juga bila jadi begitu. Kena pula kereta buat hal tengah bulan, lepas raya atau senang cakap poket memang tengah kering. Aduhhh….

Bagi yang dah lama pakai kereta tentu pernah berhadapan dengan situasi macam ini betul tak? Pengalaman adalah guru terbaik! jika kita pernah mengalami situasi ini tentu tahu serba sedikit nak cari punca kereta tak boleh start tetapi bagaimana pula bagi yang baru pakai kereta.

Kereta Tak Boleh Start

Maaf cakap golongan wanita biasanya hanya tahu pandu kereta sahaja dan bila kereta tak boleh hidup, sama ada minta tolong orang atau meraung tepi kereta sajalah 🙂

Sebab itu, tidak kira wanita atau lelaki wajib ambil tahu hal ehwal kereta ini, sekurang-kurangnya apabila terjadi apa-apa kita dapat menyelesaikan masalah sendiri dan boleh menjimatkan kos penyelenggaraan.

Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Jom Cari Punca…

1. Bateri

Sebab utama kereta tak boleh start biasanya bateri sama ada bateri lemah (weak) atau memang dah rosak. Tengok bateri kereta anda jenis kering atau basah dan daripada situ anda akan ketahui jika kereta tak boleh hidup berpunca daripada bateri. Baca Tahu Tak Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah?

2. Gear Auto TIDAK Diletakkan Pada “P” 

Kalau gear auto sepatutnya gear diletakkan pada “P” barulah kereta boleh start, kalau letak pada “D”, “R” dan sebagainya memang sampai kiamat kereta tak boleh start. Baca juga Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda Gearbox Rosak!

Kereta Tak Boleh Start

3. Plug 

Kalau plug kotor, basah atau leaking memang kereta susah nak hidup dan kalau hidup pun sekejap mati atau semput.

4. Minyak Petrol Tak Sampai

Paling kelakar kalau tak sedar atau tak tahu minyak kereta dah habis, sampai kiamat start kereta memang tak akan hidup. Masalah lain mungkin pam petrol atau penapis petrol menyebabkan petrol tak sampai semasa kereta dihidupkan.

Kereta Tak Boleh Start

5. Starter

Starter rosak memang kereta tak boleh hidup. Cubalah start macam mana pun. Jalan terakhir panggil pomen tukar terus starter itu.

6. Aircond Compressor Jammed

Berdasarkan pengalaman admin sendiri pernah berhadapan situasi macam ini. Apabila terjadi, jalannya potong saja belting aircond dan kereta boleh start cuma air cond pula tiada.

Mesti Baca: 5 Cara Belajar Bahasa Inggeris Dengan Mudah

Sebenarnya, ada banyak lagi punca kereta tak boleh start. Kalau dah lama pakai kereta nanti, anda akan alami macam-macam karenah kereta ini.

Dan…. karenah itulah akan menjadikan kita lebih mahir selok belok kereta pada masa depan. Apapun, kalau kereta tak boleh start jangan gelabah, bertenang dan cari puncanya dahulu, mana tahu kita boleh buat sendiri dah jimat kos pembaikan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!