6500 Graduan Pendidikan Menganggur, Tiada Jaminan Jadi Guru

Lebih 6500 graduan pendidikan menganggur sehingga kini walaupun ada yang telah menamatkan pengajian lebih daripada dua tahun.

Ini amat mengecewakan graduan yang terlibat kerana cita-cita menjadi guru semakin kabur dengan lambakan graduan pendidikan yang bersaing menjadi guru ditambah lagi dengan graduan yang menunggu habis belajar.

Masalah ini dilihat sangat meruncing kerana graduan pendidikan TIADA jaminan mendapat tempat atau peluang menjadi guru tidak pasti!

Graduan Pendidikan Menganggur

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Sebenarnya banyak kekosongan jawatan guru terutama di kawasan kampung tetapi pembekuan ambilan guru oleh JPA menyebabkan ramai graduan pendidikan tidak dapat meneruskan cita-cita menjadi guru. Untuk makluman, guru bahasa inggeris paling dikehendaki!

Pada pendapat admin, buat masa sekarang lupakan sejenak cita-cita menjadi guru, cuba memohon jawatan kerajaan yang lain, buat bisnes atau masuk sahaja kerjaya swasta.  Jangan terlalu memilih kerja dalam keadaan lambakan graduan ketika ini.

Kerjaya swasta pun apa kurangnya, gaji mahal, KWSP dan peluang kenaikan pangkat juga cerah jika anda bekerja dengan rajin. Baca Kerjaya Swasta: Panduan Memilih Majikan Dan Bina Kerjaya Cemerlang Sektor Swasta

6500 Graduan Pendidikan Menganggur, Tiada Jaminan Jadi Guru

LEBIH 6,500 graduan pendidikan universiti awam (UA) yang masih menganggur tidak dijamin diserap menjadi guru di sekolah kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Katanya, ini berikutan jumlah mereka melebihi kekosongan sedia ada, selain bergantung sama ada lulus ujian psikometrik dan mata pelajaran diajar.

Malah, katanya, jumlah graduan pendidikan yang belum ditempatkan sebagai guru itu adalah untuk sekolah menengah sahaja, sedangkan lebih 4,000 kekosongan jawatan ketika ini adalah bagi sekolah rendah dan menengah.

Graduan Pendidikan Menganggur

Mesti Baca: Contoh Surat Permohonan Kerja Yang Berkualiti Dan Menarik Minat Majikan

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, masalah kekurangan guru semakin meruncing di bandar utama negara, terutama Johor dan Selangor berikutan ramai memilih kembali ke tempat asal untuk bertugas.

Nie Ching berkata, kementerian kini kekurangan guru Bahasa Inggeris, namun berlaku lebihan guru bagi beberapa subjek lain.

“Kita dalam proses berbincang dengan JPA supaya pembekuan dikecualikan bagi sektor pendidikan kerana ada sekolah dan kelas baharu yang perlukan tambahan guru,” katanya. Baca Berita Penuh

Lambakan graduan pendidikan menganggur memang meresahkan graduan terlibat dan juga ibu bapa yang mahu melihat anak mereka menjadi guru.

Kita berharap kerajaan dapat mencari penyelesaian terbaik dalam isu ini, bagi graduan yang terlibat jangan terus berharap menjadi guru, banyak lagi kerjaya yang menjamin masa depan.

Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan minat dan cita-cita kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan, kejayaan menjadi milik mereka yang tidak pernah berputus asa 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!