Menu

Akhirnya…… Selamat Tinggal Windows Vista!

Admin pernah menggunakan Windows Vista dan memang diakui sangat memeningkan kepala! Windows XP jauh lagi senang guna… Akhirnya…. Microsoft Corp. menamatkan sistem operasi Windows Vista berikutan tidak mendapat sam­butan di seluruh dunia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2007. Selamat Tinggal Windows Vista!

Selepas 10 Tahun, Selamat Tinggal Windows Vista!

Menurut Microsoft, pihaknya telah menyediakan sokongan kepada Windows Vista selama 10 tahun dan kini telah tiba masa untuk menghentikannya.

“Pemberhentian tersebut membolehkan sumber-sumber yang ada digunakan bagi tujuan pelaburan dalam teknologi terkini dan me­nyampaikan pengalaman baharu kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sejak dilancarkan bagi menggantikan sistem operasi Windows XP, Windows Vista telah menerima kritikan daripada pengguna seluruh dunia kerana terdapat banyak kelemahan.

Selamat Tinggal Windows Vista

Selain itu, Windows Vista hanya mengusai 0.78 peratus pasaran operasi sistem komputer manakala Windows XP yang telah dihentikan pada 2014 mempunyai lapan peratus penguasaan.

Walaupun beberapa pembaharuan dibuat seperti mempertingkatkan visual yang disambut baik oleh pengguna, namun sistem operasi berkenaan tidak berfungsi dengan baik.

Mesti Baca: Pengalaman Temuduga Kerja Yang Sangat Memalukan!

Dan kini telah tiba masanya pengguna Windows Vista untuk memilih sistem operasi yang lebih baik – Sumber Utusan Online

Selamat tinggal Windows Vista!

Admin lagi suka Windows XP…..

Bukan tak suka pembahruan tapi kalau memeningkan kepala susah nak guna buat apa betul tak?

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!