PRU14: Dah Semak Mengundi Di Mana?

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada 09 Mei 2018 (Rabu). Kira-kira 3 minggu sahaja lagi kita akan memilih kerajaan. Dah semak mengundi di mana nanti? Terpulang kepada anda mahu kekal bersama kerajaan terdahulu atau memilih kerajaan baru. Hak anda sebagai pemilih tiada siapa boleh nafikan.

Ramai juga yang bising apabila PRU14 jatuh di tengah-tengah minggu kerana bukan senang nak ambil cuti dan banyak kos perlu dikeluarkan juga. Mujur kerajaan sementara mengumumkan hari Rabu cuti peristiwa jadi pengundi dari jauh mungkin boleh merancang cuti mereka.

Baca Juga: Hari Mengundi PRU14 Jatuh Hari Bekerja. Jom Semak Cuti Tahun Berapa Tinggal….

Menariknya, jika Pakatan Harapan menang mereka mengisytiharkan cuti umum selama 2 hari iaitu pada hari Khamis dan Jumaat sebagai menghargai sokongan pengundi.

Lagi tiga minggu kita meraikan “perayaan” 5 tahun sekali”. Anda dah semak mengundi di mana nanti? 

Jom Semak Mengundi Di Mana

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan daftar pemilih yang sah dan hanya pemilih yang berdaftar pada tahun 2017 sahaja layak mengundi dalam PRU14 nanti.Semak Mengundi Di Mana

Bagi pengundi yang layak membuang undi dalam PRU14 nanti, jom semak mengundi di mana nanti. Jika anda telah berubah DUN akibat persempadanan semula baru-baru ini, mungkin tempat mengundi juga berubah berbanding PRU lepas.

Untuk menyemak daftar pemilih PRU14 dan anda mengundi di mana nanti terus sahaja ke Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

  • Klik pautan berikut: https://pengundi.spr.gov.my/
  • Masukkan no. kad pengenalan (tanpa “-” atau “space”)
  • Paparan akan keluar menunjukkan Parlimen, DUN, Tempat mengundi dan saluran berapa

Mudah sahaja betul tak? Bolehlah anda rancang daripada sekarang untuk pulang ke kampung bagi mengundi dalam PRU14 nanti.

Pada masa hadapan, jika anda telah menetap secara kekal di tempat lain adalah lebih baik anda tukar tempat mengundi, tidak perlu lagi balik ke kampung untuk mengundi setiap kali PRU.

Oklah, selamat menyambut “perayaan” 5 tahun sekali” pada 09 Mei 2018. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pemilih dan ingatlah masa hadapan anak cucu kita terletak kepada keputusan kita pada hari ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!