Semak Waktu Solat Secara Online

Solat adalah tiang agama islam. Walau di mana kita berada dan apa jua situasi utamakan solat apabila tiba waktunya. Semak waktu solat secara online kini sangat mudah dengan Portal e-Solat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan e-Solat, kita dapat menyemak waktu solat yang tepat melalui dua cara iaitu:

  • Carian Melalui Lokasi
  • Carian Melalui Kata Kunci

e-Solat: Semak Waktu Solat Secara Online

Bagaimana Cara Semak Waktu Solat Online dengan portal e-Solat? Ok mudah saja hanya ikut langkah-langkah berikut:

Semak Waktu Solat

Gambar di atas adalah contoh waktu solat bagi Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya bagi tahun 2016 yang disemak secara mingguan.

Menariknya di portal e-Solat ini juga anda boleh menyemak perkara lain yang berkaitan solat seperti:

1) Info Solat Yang Perlu Anda Tahu:

  • Penentuan Waktu Solat Di Negara-Negara Latitud Tinggi
  • Tafsiran Astronomi Untuk Waktu Solat
  • Perhitungan Waktu Solat Menggunakan Almanak Falak Syarie

2) Arah Kiblat Kaedah Kiraan:

  • Arah Kiblat di Malaysia
  • Kaedah Tradisional
  • Kaedah moden
  • Kiblat semasa di angkasa

Itulah serba sedikit info bagi yang mencari panduan menentukan waktu solat yang tepat. Kini anda boleh semak waktu solat secara online di mana saja anda berada.

Baca Juga: Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam

Leave a Reply

error: Content is protected !!