Menu

Semakan Elaun Kakitangan Awam Terkini

Semakan elaun kakitangan awam terkini akan diketahui dalam mesyuarat kabinet Rabu ini susulan tuntutan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk kerajaan mengkaji semula elaun-elaun kakitangan awam yang tidak disemak selama 14 tahun.

“Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan tuntutan CUEPACS itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di Kuala Lumpur hari ini.

Selain semakan elaun kakitangan awam, mesyuarat kabinet juga akan membincangkan tuntutan CUEPACS supaya mewujudkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam yang turut dibincangkan pada hari Rabu ini.

Semakan Elaun Kakitangan Awam

 

Kerajaan akan mempertimbangkan kedua-dua tuntutan itu berdasarkan kesesuaian dan mengikut kesesuaian situasi semasa. Sebagai balasannya, kakitangan awam dituntut supaya meningkatkan prestasi kerja, produktiviti dan menyokong aspirasi kerajaan.

Baca Juga: Jadual Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2017

Bukan semakan elaun kakitangan awam sahaja malah Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan awam yang antara lain termasuk mewujudkan skim insurans dan mengekalkan saiz perkhidmatan awam sedia ada.

Semakan elaun kakitangan awam memang patut disemak kerana sudah 14 tahun elaun-elaun yang dinikmati kakitangan kerajaan tidak disemak.

Isu seperti kos sara hidup meningkat membolehkan elaun-elaun tersebut disemak supaya relevan dengan situasi terkini.

Sebagai timbal balik andai semakan elaun kakitangan awam ini menjadi kenyataan, kakitangan kerajaan hendaklah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan mengurangkan persepsi negatif terhadap mutu perkhidmatan kakitangan awam.

Nantikan update daripada blog Carian Semasa untuk keputusan Semakan elaun kakitangan awam nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!