Semakan Jadual Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan

Jika anda mengisi permohonan memasuki perkhidmatan awam melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tindakan seterusnya adalah sentiasa peka. Penting untuk mengetahui cara semakan jadual peperiksaan dan temuduga kerajaan melaui laman web SPA.

Semakan Jadual Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan

Semakan Jadual Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan Di SPA. Apa Yang Penting Anda Tahu?

1. Status Permohonan

Di sini anda dapat melihat status pengambilan jawatan yang anda pohon. Jika ada pengambilan jawatan baru dalam masa terdekat, status akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak untuk memohon jawatan tersebut.

Klik Untuk Semakan Status Permohonan 

2. Senarai Penjadualan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan 

Di sini anda dapat melihat tarikh peperiksaan online yang akan dijalankan. Prosedur SPA terkini akan menjalankan sesi peperiksaan online bagi menapis jumlah calon yang ramai untuk dipanggil temuduga bagi satu-satu jawatan.

Untuk makluman, jika anda dipanggil menduduki peperiksaan online SPA, anda akan dimaklumkan melalui tiga cara iaitu:

  • Email yang digunakan semasa pendaftaran
  • Khidmat pesanan ringkas (SMS)
  • Laman rasmi SPA

Jika jawatan melibatkan pakaian seragam seperti Pegawai Penguatkuasa dan seumpamanya, tarikh pemeriksaan fizikal akan dipaparkan.

Klik Untuk Senarai Penjadualan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan 

Semakan Jadual Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan

3. Senarai Penjadualan Temuduga

Di sini anda boleh menyemak tarikh panggilan temuduga jika anda lulus peperiksaan online atau pemeriksaan fizikal bagi satu-satu jawatan.

Klik Untuk Senarai Penjadualan Temuduga

Klik Untuk Senarai Penjadualan Temuduga/Pemeriksaan Fizikal 

4. Senarai Keputusan Temuduga

Di sini anda boleh menyemak keputusan temuduga selepas anda selesai melalui proses temuduga bagi satu-satu jawatan.

Bagi jawatan badan beruniform, anda juga boleh menyemak keputusan pemeriksaan fizikal/pancaindera/kecergasan untuk ke peringkat seterusnya pula.

Klik Untuk Senarai Keputusan Temuduga

Klik Untuk Senarai Keputusan Peperiksaan/Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan

Inilah empat perkara penting yang mesti anda peka berkaitan dengan permohonan pekerjaan di SPA.

Sentiasa peka dan rajin membuat Semakan Jadual Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan supaya tidak terlepas tarikh-tarikh penting.

Jika anda benar berminat untuk bekerja dalam sektor awam, jangan putus asa untuk sentiasa memohon di mana-mana agensi kerajaan selain SPA.  Baca Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Masukkan EMAIL dan NAMA untuk Tips Temuduga Kerajaan/Swasta, Panduan Peperiksaan Online SPA dan Hebahan Jawatan Kosong Kerajaan Terkini

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!