Menu

Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

Admin percaya ramai yang sedang tercari-cari kerjaya sesuai mesti nak kerja yang best, glamor dan paling penting gaji besar. Lepas tu pasang angan-angan beli kereta dan kahwin. Sebelum anda berangan lebih-lebih admin nak kongsikan 10 Pekerjaan Paling Stress 2017 hasil kajian CareerCast untuk tahun ini.

Dunia perkerjaan ini bukanlah seindah yang disangka. Setiap hari ada sahaja perkara yang boleh mencetuskan stress dan tekanan di tempat kerja.

Jangan main-main dengan tekanan kerja ni. Boleh bawa mati. Baca Pekerja Jepun Cepat Mati Kerja Berlebihan. Percaya tak?

Tekanan kerja yang menyebabkan stress ini boleh datang dengan pelbagai cara seperti:

  • Kerja berlebihan
  • Suasana kerja tidak menarik
  • Berkerja sentiasa mengejar “tarikh mati” atau dateline
  • Permintaan yang melampau dari majikan
  • Banyak lagi…..

Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

Admin petik artikel daripada Sinar Harian Online hari ini. Mari baca hasil kajian CareerCast untuk 10 pekerjaan paling stress 2017 dan jangan terperanjat jika pekerjaan anda tersenarai.

Skala mata stress bermula daripada 0 hingga 100 untuk penilaian anda.

1. Tentera

Pekerjaan tentera ini amat berisiko tinggi tambahan pula apabila nyawa yang menjadi taruhan.

Mata stress: 72.74

Pekerjaan Paling Stress 2017

2. Bomba

Sama seperti tentera, ahli bomba juga turut mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan tugas mereka selesai.

Mata stress: 72.68

Pekerjaan Paling Stress 2017

3. Juruterbang

Siapa kata jadi juruterbang tidak stress? Besar tanggungjawab menjadi juruterbang serta perlu pengetahuan yang luas sebelum melayakkan diri membawa sebuah pesawat.

Mata stress: 60.54

Pekerjaan Paling Stress 2017

4. Pegawai Polis

Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota polis kerana turut terlibat menjaga keharmonian negara serta nyawa menjadi taruhan.

Mata stress: 51.68

Pekerjaan Paling Stress 2017

5. Penyelaras Acara

Untuk menjaya satu acara itu bukan mudah prosesnya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan juga ia melibatkan banyak orang. disebabkan itulah kerjaya ini memang boleh memeningkan kepala.

Mata stress: 51.50

Pekerjaan Paling Stress 2017

6. Wartawan Suratkhabar
Bagi mereka yang tidak tahu, wartawan ini terbahagi kepada banyak kategori, ada wartawan majalah dan suratkhabar. Kedua-duanya mempunyai tarikh ‘mati’ yang perlu diikut namun begitu untuk suratkhabar ia lebih stres kerana tempoh masa yang pendek dan setiap hari.

Mata stress: 49.90

Pekerjaan Paling Stress 2017

7. Eksekutif Korporat (Senior)
Menjadi tulang belakang di sesebuah syarikat bukan mudah apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Selain itu, seorang eksekutif perlu cepat membuat keputusan dan tangkas membuat tugasnya.

Mata stress: 48.56

Pekerjaan Paling Stress 2017

8. Eksekutif Perhubungan Awam

Skop kerja yang hampir sama dengan wartawan akhbar namun pegawai perhubungan awam bertanggungjawab untuk menjaga imej syarikat.

Mata stress: 48.50

Pekerjaan Paling Stress 2017

9. Pemandu Teksi

Dengan adanya Uber dan Grabcar kini, pemandu teksi sering dihimpit kebimbangan mendapatkan pelanggan dan ditambah lagi dengan hanya duduk di dalam kereta sepanjang hari dan berulang alik ke sana ke mari sudah cukup menambahkan stress.

Mata stress: 48.18

Pekerjaan Paling Stress 2017

10. Pembaca Berita (Televisyen)
Untuk menjadi seorang pembaca berita bukanlah satu yang mudah apalagi di hadapan kamera malah jika ia adalah siaran lansung maka tidak harus ada kesalahan langsung.

Mata stress: 47.93

Itulah Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017 menurut kajian CareerCast.

Jika anda masih menganggur nilai dahulu mana pekerjaan yang sesuai dan paling penting zaman sekarang ni jangan terlalu memilih kerja.

Apapun pekerjaan yang kita cari atau sedang lakukan, stress atau tekanan pekerjaan memang tak boleh elak.

Suka atau tak hadap je 🙂

Mesti Baca: Jobstreet: Mohon Gaji RM6,500 Antara Sebab Graduan Menganggur

Masukkan NAMA dan EMAIL untuk Info Kerjaya, Panduan Peperiksaan dan Temuduga Kerajaan/Swasta dan Info Terkini terus ke email anda.

 

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!