Senarai 32 Pasukan Ke Piala Dunia 2018

Peru menjadi pasukan terakhir yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas menewaskan New Zealand dalam aksi play-off antara benua. Lengkap sudah senarai 32 pasukan ke Piala Dunia 2018. 

Walaupun dunia masih dikejutkan dengan kegalalan pasukan Itali untuk layak ke piala dunia tahun hadapan mengiringi dua lagi pasukan gergasi bola sepak dunia, Belanda dan Chile yang turut gagal untuk meneruskan kemaraan ke pesta bola sepak terbesar dunia itu.

Senarai 32 Pasukan Ke Piala Dunia 2018

Berikut adalah senarai 32 pasukan ke Piala Dunia 2018 beserta ranking terkini dalam kurungan yang dipetik daripada sumber Stadium Astro

Senarai 32 Pasukan Ke Piala Dunia 2018

  • Eropah: Russia (layak selaku tuan rumah, ranking dunia: 65), Perancis (7), Portugal (3), Jerman (1), Serbia (38), Poland (6), England (12), Sepanyol (8), Belgium (5), Iceland (21), Switzerland (11), Croatia (18), Sweden (25), Denmark (19)
  • Amerika Selatan: Brazil (2), Uruguay (17), Argentina (4), Colombia (13), Peru (10)
  • Afrika: Nigeria (41), Mesir (30), Maghribi (48), Tunisia (28), Senegal (32)
  • Amerika Tengah: Mexico (16), Costa Rica (22), Panama (49)
  • Asia: Iran (34), Jepun (44), Korea Selatan (62), Arab Saudi (63), Australia (43)

Tak sabar nak tunggu tahun hadapan apabila dah tahu senarai 32 pasukan ke Piala Dunia 2018.

Tetapi, pasukan pilihan admin sejak dahulu lagi Itali tiada agak mengecewakan. Mujur, Portugal sebuah lagi pasukan kegemaran admin ada.

Pilihan juara adalah Jerman, Brazil, Sepanyol, Argentina dan Perancis. Pilihan anda bagaimana?

Leave a Reply

error: Content is protected !!