Senarai 23 Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Senarai 23 Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Hari ini negara digemparkan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dato Keramat, Kuala Lumpur yang meragut 23 nyawa iaitu pelajar dan guru mereka.

Pada awalnya, tragedi menyayat hati tersebut dipercayai berlaku akibat litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama pusat tahfiz tersebut.

Namun, siasatan selanjutnya mendapati mungkin ada unsur-unsur lain yang menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat dan kebarangkalian unsur khianat tidak diketepikan.

Senarai 23 Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Ada juga macam-macam spekulasi kedengaran berkenaan tragedi ini, apapun kita serahkan sahaja kepada pihak bertanggungjawab untuk menyiasat.

Jangan buat cerita bukan-bukan di saat keluarga mangsa dan rakyat negara ini meratapi kematian sebegitu ramai pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini

Senarai 23 Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Berikut senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, di sini pagi tadi yang dipetik daripada Berita Harian Online.

  1. Muhammad Danieal Md Amin, 14

  2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13

  3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14

  4. Muhammad Haikal Abdullah, 12

  5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10

  6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11

  7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11

  8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12

  9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8

  10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan

  11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11

  12. Umar Al Khatab Helmi, 6

  13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11

  14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13

  15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11

  16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10

  17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16

  18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12

  19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13

  20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13

  21. Muhammad Zattulah Roslan, 11

  22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru)

  23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Mesti Baca: 10 Kesilapan Ibu Bapa Ketika Membesarkan Anak, No. 10 Memang Sah!

Semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini. Seluruh negara sedang bersedih dengan tragedi yang meragut sebegitu ramai nyawa.

Orang ramai dinasihatkan jangan menyebar gambar dan cerita yang tidak disahkan sumbernya.

Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas menyiasat punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Alfatihah..

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!