Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018

Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018. Tamat sudah Piala Dunia 2018 yang menobatkan Perancis sebagai juara dunia selepas menumpaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang menarik. Banyak drama terjadi dalam perlawanan akhir seperti gol sendiri, penalti dan juga gangguan perlawanan oleh penonton yang masuk ke dalam padang.

Admin menyokong Croatia tetapi sayangnya mereka banyak dihukum oleh serangan balas pantas (counter attack) Perancis. Agak malang apabila Croatia yang mengawal permainan dengan corak serangan bertali arus kalah dengan pasukan Perancis yang lebih suka bertahan.

Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018

Mesti Baca: Keliru Perbezaan United Kingdom, Great Britain Dan England?

Mesti Baca: Tahu Tak Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia?

Tetapi itulah bola sepak, memang kejam. Tak kira main macam manapun janji menang. Di hati admin, Croatia yang berhak menang, apapun tahniah Perancis, juara dunia dua kali selepas kali terakhir mereka menjulang piala dunia 20 tahun lalu (1998) di laman sendiri.

Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018

Pemain Terbaik Piala Dunia 2018

  • Bola Emas – Luka Modric (Croatia)
  • Bola Perak – Eden Hazard (Belgium)
  • Bola Gangsa – Antoine Griezmann (Perancis)

Penjaring Terbanyak:

  • Kasut Emas – Harry Kane (England), 6 gol
  • Kasut Perak – Antoine Griezmann (Perancis), 4 gol
  • Kasut Gangsa – Romelu Lukaku (Belgium), 4 gol
  • Griezmann diumumkan penerima Kasut Perak berdasarkan jumlah bantuan gol

Penjaga Gol Terbaik:

  • Sarung Tangan Emas – Thibaut Courtois (Belgium)

Pemain Muda Terbaik FIFA

  • Kylian Mbappe (Perancis)

Anugerah Fair Play

  • Sepanyol

Pemain Terbaik Final

  • Antoine Griezmann (Perancis)

Berakhir sudah kempen Piala Dunia 2018, Rusia. Senarai pemenang anugerah Piala Dunia 2018 sudah kita tahu. Tahniah Perancis! jumpa lagi empat tahun dalam edisi seterusnya, Piala Dunia 2022 di Qatar.

Empat tahun lagi mungkin kita tidak dapat menyaksikan bintang-bintang besar yang beraksi pada edisi Piala Dunia Rusia ini sebagai contoh Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan sebagainya.

Apa admin perhatikan skuad England akan mencuri tumpuan pada Piala Dunia 2022, Qatar sebab skuad mereka dibarisi pemain muda yang akan mencapai kemuncak prestasi empat tahun lagi.

Selamat tinggal Piala Dunia 2018!

Tahniah Perancis, juara dunia FIFA 2018!

Leave a Reply

error: Content is protected !!