Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai penuh menteri kabinet Malaysia 2018 akan diketahui sedikit masa lagi. Ketika ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berbincang dengan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan untuk memuktamadkan nama-nama yang bakal mengisi jawatan menteri di 10 kementerian utama yang telah ditetapkan.

Seperti yang diketahui, PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan yang terdiri daripada gabungan beberapa buah parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bersama sekutunya Warisan berjaya menumbangkan Barisan Nasional yang telah memerintah negara sejak merdeka (61 tahun).

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018

Atas persetujuan bersama sebelum PRU14, Pakatan Harapan telah bersetuju melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri jika memenangi PRU14.

Mesti Baca: Tips Kekal Sihat Tun Dr Mahathir

Itu telah direalisasikan dan kita hanya menunggu senarai penuh menteri kabinet Malaysia 2018 yang akan diumumkan perdana menteri setelah keputusan muktamad dibuat nanti.

Menariknya kepimpinan Tun Dr Mahathir pasca PRU14 turut dibantu oleh Anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang terdiri daripada nama-nama besar yang memiliki kepakaran daripada sudut ekonomi, perniagaan dan pengurusan.

Senarai Penuh Menteri Kabinet Malaysia 2018

Berikut adalah senarai penuh menteri kabinet Malaysia 2018 yang akan dikemaskini daripada masa ke semasa selepas mendapat pengesahan rasmi.

PERDANA MENTERI : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
MENTERI KEWANGAN: Lim Guan Eng
MENTERI DALAM NEGERI: Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MENTERI PERTAHANAN: Mohamad Sabu
MENTERI PENDIDIKAN/PELAJARAN: Dr. Maszlee Bin Malek
MENTERI KERAJA RAYA:
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
MENTERI LUAR NEGARA:
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA: Gobind Singh Deo
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
MENTERI TENAGA MANUSIA: M. Kulasegaran
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR DAN KERAJAAN TEMPATAN:
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
MENTERI PENGANGKUTAN: Anthony Loke Siew Fook
MENTERI KESIHATAN: Dr. Dzulkefly Bin Ahmad
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
MENTERI PERSUHAAN PERDAGANGAN DAN KOMIDITI:
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
MENTERI SAINS,TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR:
MENTERI HAL EHWAL WANITA DAN KEBAJIKAN: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Anggota Majlis Penasihat Kerajaan

  • Tun Daim Zainuddin- Bekas Menteri Kewangan
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz- Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia
  • Tan Sri Hassan Merican – Bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
  • Tan Sri Robert Kuok –  Tokoh Korporat
  • Prof Dr Jomo Kwame Sundaram – Pakar Ekonomi

Untuk senarai penuh menteri kabinet Malaysia 2018, kita masih menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah berbincang dengan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Mesti Baca: Isu Potong Telinga, MB Pahang Jawab…

Satu perkara yang turut menarik perhatian, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Sri Anwar Ibrahim dijangka akan dibebaskan dari penjara pada 15 Mei 2018 (Selasa). Beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri Malaysia ke-8 pada satu masa yang akan ditetapkan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!