Menu

Siapa Juara Piala Malaysia 2016?

Siapa Juara Piala Malaysia 2016? Semuanya akan ditentukan Ahad, 30 Oktober 2016 di antara Kedah menentang Selangor ulangan final piala Malaysia 2015. Peluang Kedah membalas dendam kekalahan tahun lepas tapi Selangor pasukan berpengalaman dalam Piala Malaysia tak akan beri laluan mudah.

UPDATE: Kedah JUARA Piala Malaysia 2016 apabila berjaya dalam penentuan sepakan penalti setelah perlawanan akhir dalam masa sebenar berakhir seri satu sama.

Tamat sudah perlawanan terakhir dalam Liga Malaysia 2016 dengan Kedah berjaya membalas dendam kekalahan final piala Malaysia 2015 dengan menidakkan misi 34 Selangor tahun ini.

Tahniah Kedah juara Piala Malaysia 2016 dan tahniah juga Selangor kerana memberi saingan sengit sehingga penentuan sepakan penalti. Perlawanan akhir piala Malaysia yang sangat menghiburkan 🙂

Siapa Juara Piala Malaysia 2016?

Siapa Juara Piala Malaysia 2016?

Berlangsung di Stadium Shah Alam dengan puluhan ribu penyokong yang membanjiri stadium ditambah dengan yang menonton di rumah atau kedai makan pasti kehangatan final piala Malaysia akan menenggelamkan sorakan penonton Gegar Vaganza 3 pada masa yang sama..  mungkin 🙂

Baca Juga: Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016: Misi VS Misi

Pasukan Gergasi Merah dengan misi 34 dan Skuad Kenari dengan misi membalas dendam kekalahan 2015 dijangka perlawanan akhir piala Malaysia 2016 akan mengegarkan rumah dan kedai makan. Jangan ada yang terbail meja sudah ya.

Nantikan update siapa juara Piala Malaysia 206 selepas perlawanan berakhir. Adakah Selangor berjaya dengan misi 34 atau Kedah menebus kekecewaan 2015 dengan muncul juara Piala Malaysia 2016. Rumah dah bergegar ni.

Walaupun admin bukan anak Selangor atau Kedah rugi tak tonton kehangatan final Piala Malaysia setahun sekali je 🙂

Terjawab sudah siapa juara Piala Malaysia 2016 dengan KEDAH muncul JUARA dalam penentuan sepakan penalti yang sangat mendebarkan. Tahniah Kedah dan tahniah Selangor kerana mempamerkan permainan yang sangat menghiburkan.

Baca Juga: Keputusan Konsert Ketiga Gegar Vaganza 3

Leave a Reply

error: Content is protected !!