Siapa Presiden Amerika Ke-45? Clinton Atau Trump?

Siapa Presiden Amerika Ke-45 akan diketahui dalam masa terdekat ini. Yang mana menjadi pilihan rakyat Amerika dan dunia pun tertunggu-tunggu kerana pilihan rakyat Amerika akan menentukan dasar Amerika pada masa depan.

Tinjauan pendapat yang dilakukan oleh Reuters/Ipsos menunjukkan Hillary Clinton mendahului Donald Trump dengan kelebihan lima mata iaitu 44 peratus berbanding 39 peratus yang menyokong Trump. Dengarnya keputusan tinjauan media tempatan Amerika pula lebih sengit.

UPDATE: Keputusan menunjukkan Donald Trump menang Pilihan Raya Presiden Amerika Ke-45 dengan 276 undi berbanding Hillary Clinton sebanyak 218.

Beza peratusan undian menunjukkan Donald Trump mendahului sebanyak 1% sahaja iaitu 48% berbanding Hillary Clinton sebanyak 47%.

Apapun kita tunggu berita selanjutnya untuk keputusan rasmi Pilihan Raya Amerika Ke-45 nanti.

Presiden Amerika Ke-45

Sumber

UPDATE: Setakat ini Donald Trump sedang mendahului dengan 216 undi electoral votes, berbanding Hillary Clinton yang memperolehi 209 undi.

Khabar angin tersebar luas di Amerika sekarang rakyat yang menyokong Hillary Clinton memilih berpindah ke Kanada jika Donald Trump menang dan menjadi Presiden Amerika Ke-45. Kita tunggu berita selanjutnya.

Pecutan terakhir kempen pilihan raya Presiden untuk membawa mereka ke White House menyaksikan calon Republikan, Donald Trump dan calon Demokrat, Hillary Clinton berkempen di negeri-negeri sengit.

Hillary Clinton dengan janji Amerika yang inklusif manakala Donald Trump berikrar untuk memperbaik sistem yang korup. Bagi Parti Demokrat, kempen pecutan akhir turut digerakkan presiden Barack Obama untuk memberi impak kepada Hillary Clinton.

Presiden Amerika Ke-45

Pilihan Raya Presiden Amerika Ke-45: Beyonce, Lady Gaga, Madonna Antara Penyokong Kuat Hillary Clinton

Selebriti popular Amerika Syarikat seperti Lady Gaga, Bruce Springsteen, Madonna Beyonce dan suaminya, Jay Z, adalah antara mereka yang ligat berkempen di atas pentas  bagi menyokong pelantikan Hillary Clinton sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-45.

Pendekatan Hillary Clinton dilihat sedikit lembut berbanding Donald Trump dengan ucapan kontroversi yang menyentih sensitiviti terutama umat islam dilihat memberi kelebihan kepada Hillary Clinton dalam Pilihan Raya  Presiden Amerika Ke-45 kali ini.

Apapun, nantikan update seterusnya siapakah Presiden Amerika Ke-45 yang akan menjadi penghuni baru White House nanti.

Siapa pun pilihan rakyat Amerika untuk menjadi Presiden Amerika yang baru, dunia berharap Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia ketika ini mestilah memainkan peranan penting tanpa berat sebelah dalam menangani isu sensitif antarabangsa.

Baca Juga: Rahsia Umur Panjang Wanita Tertua Dunia

Leave a Reply

error: Content is protected !!