Sistem Insurans Pekerjaan Sektor Swasta Akan Dibentangkan Di Parlimen Julai Ini

Khabar gembira untuk pekerja sektor swasta. Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang akan melibatkan kira-kira 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perkeso, Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz, berkata, kadar caruman akan diumumkan sebaik sahaja Rang Undang-Undang EIS diluluskan oleh Parlimen.

Sistem Insurans Pekerjaan Untuk Perlindungan Pendapatan Dan Melindungi Golongan Hilang Pekerjaan

Bercakap pada satu taklimat di sini, hari ini, Mohamed Azman berkata, antara objektif sistem itu adalah untuk menyediakan perlindungan pendapatan dan meningkatkan kebolehambilan kerja kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Ia juga akan menyokong pencarian pekerjaan, padanan pekerjaan, penempatan pekerjaan dan mobiliti pekerja, di samping menyediakan penstabilan pekerjaan, katanya.

Sistem Insurans Pekerjaan

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan EIS dijangka dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan, manakala pembayaran faedah akan dibuat dari 1 Januari 2019.

Mohammed Azman memberi jaminan jumlah caruman adalah minimum.

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

“Sebagai contoh, jika ia (ditetapkan) pada RM5, majikan yang mempunyai lima pekerja akan membayar RM300 setahun,” katanya.

EIS, bagaimanapun, tidak termasuk pekerja asing.

“Mereka juga tidak akan mencarum,” jelasnya.

Pada masa hadapan, katanya, sekiranya ada lebihan dalam dana EIS dalam tempoh terdekat, faedah bersalin bagi pekerja sektor swasta ditambah kepada 14 minggu (98 hari).

Sistem Insurans Pekerjaan

Faedah lain termasuk subsidi gaji kepada perusahaan kecil dan sederhana sehingga 50 peratus bagi tempoh enam bulan kepada majikan yang menggaji pekerja yang kali pertama bekerja, pekerja berusia 45 tahun ke atas dan wanita selepas cuti bersalin dan subsidi gaji kepada majikan yang mengekalkan pekerja daripada dibuang kerja semasa kegawatan ekonomi.

Mesti Baca: Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup!

“EIS adalah untuk melengkapkan jaringan keselamatan sosial sedia ada bagi negara dan pekerja. Ia menawarkan sokongan pendapatan kewangan bagi pekerja dan merupakan penstabil ekonomi automatik,” katanya – Sumber Kosmo Online!

Salah satu lagi faedah untuk pekerja sektor swasta iaitu Sistem Insurans Pekerjaan akan dibentangkan di Parlime Julai ini.

Ianya akan memberi perlindungan tambahan kepada pekerja swasta di samping menarik minat golongan muda untuk bekerja dalam sektor swasta.

Jangan berharap pada kerja kerajaan saja ok..

Leave a Reply

error: Content is protected !!