Temerloh Dan Raub Banjir, 64 Mangsa Dipindahkan

Hujan lebat setiap hari melanda daerah Temerloh dan daerah di sekitar Pahang. Ketika ini Temerloh dan Raub banjir di beberapa tempat. Paling mengejutkan banjir yang agak besar di Pusat Konvservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang yang memaksa gajah-gajah dipindahkan ke bukit berhampiran.

Admin lihat air Sungai Pahang dan Sungai Semantan naik agak tinggi ketika ini. Banjiir sekarang ini bukan musim tengkujuh sahaja, bila-bila masa boleh terjadi. Cuaca tidak menentu zaman sekarang.

UPDATE: Mangsa banjir di Temerloh terus meningkat kepada 831 orang setakat jam 9 malam ini. Sungai utama menunjukkan trend menaik dan dijangka lebih ramai mangsa akan dipindahkan jika hujan lebat setiap hari berlarutan.

Temerloh Dan Raub Banjir, 64 Mangsa Dipindahkan

Tidak sampai 24 jam, daerah Temerloh sekali lagi dilanda banjir diikuti dengan daerah Raub yang menyaksikan sejumlah 64 mangsa dipindahkan sehingga pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, untuk daerah Temerloh sebanyak dua pusat pemindahan sementara dibuka sejak pukul 10 malam tadi bagi menempatkan 38 mangsa daripada 13 keluarga.

Mesti Baca: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Banjir

“Seramai 32 orang daripada 11 keluarga di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Kapor manakala enam orang daripada dua keluarga lagi di Surau Kampung Bongsu, Mentakab,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Temerloh dan Raub banjir

Banjir Di Pusat Konvservasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang

Bagi daerah Raub, katanya, seramai 26 orang daripada enam keluarga telah dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara yang dibuka malam tadi.

Katanya, dua pusat pemindahan berkenaan melibatkan Balai Raya Kampung Pamah Rawas yang menempatkan 15 orang daripada empat keluarga dan Balai Raya Kampung Pamah Kulat menempatkan 11 orang daripada dua keluarga.

Mesti Baca: Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini

Zainal berkata, pihaknya kini sedang memantau rapi perkembangan banjir di kawasan Mentakab berikutan keadaan air dilaporkan semakin naik manakala keadaan banjir di Raub dilaporkan semakin surut. – Sumber

Memang agak luar biasa Temerloh dan Raub banjir pada ketika ini kerana ianya bukan waktu kebiasaan banjir.

Paling mengejutkan situasi banjir di pusat pelancongan popular di Temerloh iaitu Pusat Konvservasi Gajah Kuala Gandah.

Apapun, cuaca sekarang sudah tak menentu. Kita mesti bersedia bila-bila masa sahaja.

Leave a Reply

error: Content is protected !!