Menu

Skim Latihan 1Malaysia Bantu Graduan Dapat Kerja

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah satu program yang dirangka kerajaan untuk membantu graduan menganggur mempersiapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja bagi meningkatkan nilai diri graduan dalam pasaran pekerjaan.

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 ini diselia oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana semua kos perbelanjaan bagi melatih para graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh pihak syarikat untuk melatih para graduan ini, Kerajaan telah menawarkan Insentif Potongan Cukai Berganda dan Insentif HRDF-SL1M.

Skim Latihan 1Malaysia

Kumpulan Sasaran Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

  • Graduan menganggur yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaan tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar.

Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

Struktur dan Modul Skim Latihan 1Malaysia

  1. Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

Latihan Kemahiran Insaniah – 2 Bulan
(Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)

  • Komunikasi
  • Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
  • Penyesuaian Organisasi
  • Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  • Etika Korporat, Pemakaian dan Adab
  1. Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:

Latihan di dalam kelas

  • Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • Penguasaan Motivasi Diri
  • Penguasaan Disiplin Diri
  • Pemantapan Rohani dan Jasmani
  • Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

Baca Juga: Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan?

Latihan di luar kelas

  • Penerapan Semangat Berpasukan
  • Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
  • Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
  • Tekwando
  • Aktiviti Berkawad
  • Sukan dan Kokurikulum Luar
  • Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni
  1. Kursus Pra-Pekerjaan – (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
    (Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

  2. Penempatan Pekerjaan
    Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir

Sumber Artikel

Inilah peluang terbaik kepada graduan menganggur dan yang bekerja tidak sesuai dengan kelayakan. Program Skim Latihan 1Malaysia ini akan membantu anda menambah nilai diri anda pada mata majikan di luar sana.

Ramai graduan hanya tahu teori tetapi kemahiran bekerja di lapangan amat lemah dan kewujudan Skim Latihan 1Malaysia adalah khusus mengatasi kelemahan graduan mendapat pekerjaan.

Jangan terlepas untuk mendaftar Skim Latihan 1Malaysia ini dan beri peluang kepada diri anda daripada hanya duduk termenung mengenangkan nasib dan hutang PTPTN.

Daftar Program Skim Latihan 1Malaysia di SINI

Masukkan EMAIL dan NAMA di bawah untuk kami hantarkan info semasa, info kerjaya, panduan peperiksaan dan temuduga kerajaan terus ke email anda.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!