Peperiksaan Latihan Separa Perubatan. Panduan, Nota, Contoh Soalan & Jawapan

Peperiksaan Latihan Separa Perubatan dibuat dua kali setahun. Semakan memasuki program Latihan Separa Perubatan boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.

Bagi yang berminat menceburi bidang Separa Perubatan boleh mengisi permohonan di SPA dan sah laku permohonan adalah setahun. Jika melebihi tempoh tersebut, kemaskini semula permohonan.

Anda Layak Memohon Program Latihan Separa Perubatan?

Latihan Separa Perubatan terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

2. Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil 

  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
  • Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Kelayakan Umur Memasuki Latihan Separa Perubatan

  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan

Semakan Menduduki Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Jika layak dan melepasi tapisan awal, anda akan dipanggil menduduki Peperiksaan Latihan Separa Perubatan yang dibuat dalam bentuk online.

UPDATE: Semakan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma pada 25 September 2018 bagi calon Semenanjung/Sabah/Sarawak KLIK SINI

Tujuan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan adalah untuk menyingkirkan seberapa ramai calon yang layak dipanggil ke peringkat temuduga Latihan Separa Perubatan. Ini kerana permohonan Latihan Separa Perubatan di antara permohonan yang sangat banyak di SPA. Jadi, mereka terpaksa menggagalkan ramai calon dengan sesi Peperiksaan Latihan Separa Perubatan.

Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Calon yang dipanggil menduduki Peperiksaan Separa Perubatan boleh mendudukinya di mana-mana lokasi asalkan ada kemudahan internet.

Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Berikut di antara contoh soalan peperiksaan latihan separa perubatan yang boleh dijadikan panduan tentang bentuk soalan yang bakal dihadapi calon peperiksaan separa perubatan.

Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan

 

Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan ini dalam bentuk EBOOK (format PDF) akan membantu anda membuat persiapan lengkap dan terperinci sebelum menduduki peperiksaan nanti. Di antara isi kandungan:

1. 20 Nota Ringkas

Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Bahagian mana yang anda perlu fokus!

2. Penerangan Format

Faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format peperiksaan Latihan Separa Perubatan. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Kini, anda lebih faham format peperiksaan!

3. 200++ Contoh Soalan

Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya adalah contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal.

4. Pecahan Seksyen

Penilaian setiap seksyen sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi. Ada pecahan dalam seksyen penilaian dan anda yang tahu bakal mendapat manfaat lebih dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan!

5. Maklumat Jawatan

Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan dalam Latihan Separa Perubatan ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini!

6. Dan Banyak Lagi……

Cara Menempah Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan?

Mudah sahaja! Masukkan EMAIL dan NAMA anda untuk mendapatkan LINK KHAS TEMPAHAN ebook Rujukan Peperiksaan Separa Perubatan ini.

Nanti kami akan maklumkan apabila Rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan siap sedia untuk dilancarkan kepada umum.

++ Join Telegram Kami: Rujukan Exam Separa Perubatan

++ Jangan lupa “Like” Facebook Nota Dan Rujukan Peperiksaan Kerja Kerajaan

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!