SPRM Hantar Pengintip Di Pejabat Kerajaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan intipan di jabatan dan agensi kerajaan dengan meletakkan anggotanya sebagai ‘mata-mata’ sebagai usaha terbaru membanteras gejala rasuah di negara kita.

Sumber dalaman SPRM memaklumkan kebanyakan ‘mata-mata’ ini ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan yang kerap menerima banyak peruntukan kerana mempunyai risiko tinggi berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah.

SPRM Hantar Pengintip Di Pejabat Kerajaan

Lazimnya, mana-mana kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang menerima peruntukan banyak daripada kerajaan, ia secara langsung akan membabitkan banyak projek dan pembelian sekali gus memberikan peluang kepada pegawai dan kakitangannya menerima suapan.

Baca Juga: Pengarah Jabatan Air Sabah Rasuah RM112 Juta 

Tujuan ‘mata-mata’ ini dihantar ke jabatan kerajaan tertentu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Semua maklumat ini kemudian akan dihantar kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya bagi membanteras gejala rasuah daripada berlaku.

Sumber itu memberitahu lagi, kakitangan SPRM yang melakukan penyamaran itu agak sukar dikesan memandangkan mereka telah diberi latihan khas. Sumber

SPRM Hantar Pengintip Di Pejabat Kerajaan

Syabas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana bertindak pantas untuk mencegah amalan rasuah di pejabat dan agensi kerajaan daripada terus menular. Dengan menggunakan “mata-mata” proses mencari maklumat berkaitan gejala rasuah di pejabat kerajaan akan menjadi lebih mudah.

Tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ini berpunca daripada penyalahgunaan kuasa pegawai Jabatan Air Sabah sehingga terbongkar kes rasuah RM112 juta baru-baru ini. Kes ini mendapat pendedahan luar biasa di akhbar dan media sosial kerana nilai rasuah dan cara mereka menyimpan hasil rasuah.

Diharapkan tindakan pantas mereka dapat mengurangkan gejala rasuah di kalangan pegawai kerajaan. Gejala rasuah ini boleh memberi imej tidak baik kepada jutaan kakitangan awam lain yang bekerja dengan dedikasi tetapi mendapat tempias daripada segelintir yang tidak bertanggungjawab ini.

Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi berbanding pekerja di sektor swasta. Jangan jadikan alasan gaji kecil untuk terlibat dengan rasuah. Hidup bersederhana dan tidak berbelanja keterlaluan adalah kunci kehidupan sempurna.

Jika memerlukan wang tambahan mereka boleh bekerja sampingan selagi tidak mengganggu tugas hakiki sebagai penjawat awam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!