Menu

Stress? Cuba Enam Cara Hilangkan Stress

Stress…!! admin akan stress apabila badan penat dan berjangkit ke otak. Tapi….. jangan dilayan sangat stress tu akhirnya akan jadi beban, anak-anak jadi mangsa kemarahan dan memudaratkan kesihatan. Bagaimana cara hilangkan stress? Admin kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman dan pembacaan.

Cara Hilangkan Stress

Enam Cara Hilangkan Stress Yang Boleh Dicuba

Stress boleh datang daripada banyak punca seperti kerja, keluarga, kewangan, rakan dan sebagainya. Jom kita tengok cara hilangkan stress yang mana paling sesuai dengan diri kita

1. Menjerit

Jerit sekuat hati tapi pastikan sendiri. Lagi satu kalau anak dah tidur tak payahlah buat nanti anak pula yang menjerit lagi tambah stress. Senang cakap pergi jerit belakang rumah. Kalau belakang rumah pun ada jiran tak payah jerit nanti jiran pula yang stress.

Mesti Baca: Bosan Aku Dengan Penat (Cara Menghilangkan Bosan)

2. Menyanyi/Main Gitar

Muzik katanya boleh menenangkan jiwa. Jadi, menyanyilah. Pedulilah tak sedap mana pun bukan orang lain dengar pun. Kalau pandai main gitar pun bagus sambil menyanyi petik gitar mesti hilang stress. Admin biasa buat yang ini.

3. Buat Sesuatu Yang Menyenangkan 

Contohnya, menjahit, melukis, menulis blog atau apa saja yang anda suka. Kalau admin tiba-tiba menjahit baju raya malam-malam mesti bini ingat dah tak lama nak mati.

4. Bermain Dengan Binatang Peliharaan

Menurut kajian saintis, orang yang membela binatang peliharaan jarang stress. Bermain dengan binatang seperti kucing, hamster atau apa-apa saja boleh membuat seseorang itu leka dan senang hati. Tapi….. kalau bela ular sawa pastikan dia dah makan.

Cara Hilangkan Stress

5. Cuba Berkebun

Tak payah tanah yang banyak terutama yang tinggal di taman perumahan. Cukup sekadar pasu bunga, tanamlah apa saja. Tapi…. admin stress tanam bunga dalam rumah ni jadi tempat kucing berak 🙂

6. Tengok Bintang Di Langit

Melihat betapa luasnya alam semesta dengan langit malam yang cerah dihiasi kerlipan bintang yang banyak boleh mendamaikan hati.

Mesti Baca: Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak Lebih Hebat!

Itu saja enam cara hilangkan stress yang boleh dicuba.

Admin pun stress sebenarnya tapi dengan menulis hilang sedikit stress.

Sekejap lagi tidur…..

Leave a Reply

error: Content is protected !!