Menu

Suami Minta Izin Kahwin Dua, Parang Yang Dapat….

Hari ini viral kisah suami minta izin kahwin dua kena tetak dengan isteri. Ini yang dikatakan tak dapat penyakit cari penyakit. Bab kahwin dua atau poligami ini bukan perkawa melawak.

Kalau tak kena gaya pinggan mangkuk melayang malah lebih parah kena tetak dengan isteri. Jadi, kepada suami tolong fikir masak-masak sebelum berani nak berpoligami.

Admin tak berapa nak berani bab kahwin dua jika mampu sekalipun. Jangan cari penyakit. Orang kata yang ada pun dah tak larat nak layan kerenah nak menambah lagi buat sakit kepala saja 🙂

Suami Minta Izin Kahwin Dua, Parang Yang Dapat….

KOTA BHARU: Akibat mahu poligami, seorang lelaki berusia 55 tahun menerima lebih 15 jahitan selepas ditetak isteri dengan menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa ditetak di bahagian kepala, dahi kanan dan lengan kanan yang menyebabkan kecederaan.

Berikutan kejadian terbabit, sekeping gambar lelaki itu yang cedera ditetak di bahagian kepala menjadi viral di laman Facebook sejak petang ini dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Suami Minta Izin Kahwin Dua

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, berkata mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.

Mesti Baca: Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

“Ketika kejadian, mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.

“Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri keluar rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Klinik Manek Urai dan menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.

“Bagaimanapun, tiada laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka sudah kembali berbaik,” katanya – Sumber

Kisah ini bolehlah dijadikan tauladan kepada sang suami yang berhajat nak berpoligami.

Kalau suami baru minta izin kahwin dua dah kena tetak kalau kahwin senyap-senyap mahu kena penggal “anu” kot 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!