Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong ke-15

Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya hari ini sebulat suara melantik Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Yang Dipertuan Agong ke-15

Selain itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Profil Sultan Muhammad V, Yang Dipertuan Agong ke-15

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Yang Dipertuan Agong ke-15

Sultan Muhammad V juga dikenali sebagai sultan berjiwa rakyat yang mana baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan. Sumber

Pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15 adalah satu berita gembira kepada rakyat Kelantan dan Malaysia kerana peribadi baginda sangat dikenali dan disenangi sebagai sultan berjiwa rakyat. Daulat Tuanku.

Leave a Reply

error: Content is protected !!