Supermoon Bawa Air Pasang Besar

Supermoon atau fenomena bulan penuh Perigee dijangka bermula malam esok (15/11/2016) dan berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.45 malam esok tetapi telah dilihat bermula malam tadi

Fenomena bulan penuh ini dijangka menyebabkan air pasang besar setinggi 3.2 meter.

Fenomena bulan penuh atau Supermoon berlaku apabila bulan berada di kedudukan paling hampir dengan bumi membuatkan saiznya seolah-olah lebih besar daripada biasa dan ia memberi kesan kepada pasang surut air.

Kenaikan mendadak paras air laut akan mengakibatkan banjir di kawasan persisiran pantai. Penduduk berhampiran pantai dikehendaki peka dan bersiap sedia dengan kemungkinan banjir.

Baca Juga: Fenomena Air Pasang Besar Bawa Banjir

Supermoon

Penduduk berhampiran pantai dikehendaki sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan fenomena Supermoon atau bulan penuh ini kerana kenaikan mendadak paras air laut boleh menyebabkan bajir di persisiran pantai.

Jabatan Meteorologi juga sentiasa memantau dan memaklumkan fenomena bulan penuh itu dari masa ke semasa. Dengar dan patuh arahan pihak berkuasa untuk keselamatan diri dan keluarga.

Baca Juga: Persediaan Menghadapi Banjir: Tunggu Dan Lihat?

Leave a Reply

error: Content is protected !!