Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan?

Ini soalan sensitif bagi sesetengah orang. Mohon sudah panggil temuduga hanya sekali malah ada yang tak pernah dapat panggilan temuduga kerja kerajaan. Mana silap tu? Susah sangat ke dapat kerja kerajaan ni?

Kalau susah sangat dapat mengapa ramai yang mohon kerja kerajaan? Gaji tak mahal mana berbanding kerja swasta. Mentaliti dan persepsi merupakan salah satu punca mengapa ramai pencari kerja berharap dapat kerja kerajaan. Contohnya:

“Abah nak kau kerja kerajaan macam abah ada pencen senang anak bini kau nanti”

“Menantu aku kerja kerajaan. Menantu kau?”

Itulah mentaliti dan persepsi yang telah ditanam dalam jiwa anak-anak sebaik saja mereka habis SPM. Kau belajar tinggi nanti mohon kerja kerajaan. Kalau malas sangat belajar habis SPM isi borang SPA tunggu panggil temuduga. Jawatan apa pun tak kisah janji kerja kerajaan.

Bila mohon tak dapat juga mulalah merungut marah sana sini. Timbul soalan “Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan?”

Susah atau senang dapat kerja kerajaan ni kita tengok beberapa faktor. Mari kita kaji serba sedikit puncanya.

  • Kelayakan SPM mohon jawatan taraf diploma confirm tak akan dipanggil temuduga
  • Kelayakan tak setaraf dengan jawatan yang dimohon. Contohnya pemegang diploma kejuruteraan awam tapi mohon jawatan juru ukur bahan memang confirm tak kena
  • Dah dipanggil peperiksaan online SPA tapi gagal peperiksaan
  • Gagal temuduga kerja
  • Guna kabel baru dapat kerja kerajan. Ini tak dapat nak sahkan tapi melalui cakap-cakap belakang ada terjadi.
  • Dah dapat kerja kerajaan tolak pula alasan jauh lepas tu mohon lagi. Kes macam ni memang SPA “blacklist” beberapa tahun.
  • Macam-macam lagilah alasan…..

Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan

Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan?

TIDAK susah jika anda layak. Soal kabel itu cuma alasan sedapkan hati atau kecewa. Jika anda tak memenuhi kriteria yang diperlukan penemuduga memang sah anda gagal temuduga. Di antara kelemahan calon temuduga kerja kerajaan:

  • Datang lewat temuduga kerja
  • Pakaian untuk temuduga kerja tidak sesuai seperti pakai sandal, baju tidak bergosok dan sebagainya.
  • Merokok sebelum temuduga. Ini mesti dielakkan. Selepas temuduga nak merokok sampai pengsan terpulanglah
  • Tak buat persiapan sebelum temuduga. Hadir temuduga tapi pengetahuan tentang jawatan yang ditemuduga tak tahu, pengetahuan am kurang dan sebagainya
  • Tak tahu berkomunikasi. Ini yang paling penting kerana semasa temuduga anda tak boleh cakap bahasa pasar, dialek daerah dan sebagainya.
  • Lemah bahasa inggeris
  • Macam-macam lagi kelemahan….

Temuduga Kerja Kerajaan bukan macam temuduga swasta yang mungkin agak santai sedikit. Kalau dipanggil temuduga buat persiapan sehabis baik. Di antara Tips Temuduga Kerajaan seperti:

  • Lengkapkan diri dengan ilmu temuduga
  • Ambil tahu seberapa banyak ilmu tentang jawatan yang ditemuduga
  • Banyak buat latihan seperti bercakap di hadapan cermin untuk latihan komunikasi
  • Bertanya dan korek tips daripada mereka yang berjaya temuduga kerja kerajaan
  • Cuba kuasai sekurang-kurangnya asas komunikasi bahasa inggeris. Ini penting bagi jawatan kelayakan diploma dan ijazah

Ok cukuplah setakat ini nanti admin akan tambah lagi Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan. Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan? Jawapannya dalam diri anda sendiri 🙂

Masukkan Email dan Nama di bawah untuk kami hantarkan tips kerjaya, kekosongan jawatan kerajaan, panduan temuduga dan panduan peperiksaan kerajaan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!