Menu

Susah Tidur? Baca Cara Tidur Dengan Mudah

Anda susah tidur? Mari baca cara tidur dengan mudah yang boleh diamalkan sebabnya kurang tidur kita akan hilang tumpuan dan tak dapat fokus kepada kerja. Cukuplah orang tegur anda macam “zombie” sebab tak cukup tidur ­čÖé

Punca Susah Tidur

Sebelum kita pergi kepada cara tidur dengan mudah kita lihat dulu apakah punca susah tidur. Selepas tahu punca barulah anda cuba selesaikan masalah tu. Di antara punca susah tidur ialah:

1. Badan dan Otak Kurang Penat

Memang kalau kurang penat atau badan masih cergas kita susah tidur. Tambah pula kerja yang tak guna banyak tenaga dan memerah otak lagi susah tidur. Berbeza dengan mereka yang kerja guna tenaga yang banyak seperti atlet dan mereka yang bekerja memerah otak akan mudah berasa penat. Secara automatik apabila otak penat badan pun  turut penat. Orang kata pantang baring terus lena.

2. Perut Lapar Menyanyi Dangdut

Ini pun menjadi punca susah tidur. Perut menyanyi lagu dangdut, rock, metal minta makanan. Pendek kata kalau perut asyik berbunyi macam mana nak tidur betul tak?

Susah Tidur? Baca Cara Tidur Dengan Mudah

3. Tempat Tidur Tak Selesa

Mata dah mengantuk boleh hilang macam tu saja kalau tempat tidur tak selesa. Katil berbunyi macam nak patah, kipas berpusing macam nak roboh, bau tempat tidur tak menyenangkan dan macam-macam lagi punca berkaitan tempat tidur tak selesa. Akhirnya anda pun susah tidur.

4. Banyak Berfikir Sebelum Tidur

Kalau nak tidur fikir macam-macam memang susah tidur. Fikir hutang, awek kena kebas, kerja pejabat bertimbun, duit kahwin tak cukup lagi dan macam-macam benda nak fikir sebelum tidur.

Begitulah serba sedikit punca susah tidur yang biasa kita dengar. Kalau yang ada penyakit susah tidur macam insomnia memang tak boleh nak buat apa sebab dah nama pun penyakit.

Punca dah tahu jadi bagaimana cara tidur dengan mudah? Nak tidur pun kena cari tips memang anda yang baca ni ada masalah tidur ­čÖé

Cara Tidur Dengan Mudah

Kalau anda memang susah tidur malam cuba amalkan tips dan cara tidur dengan mudah ini. Mungkin ianya berkesan untuk anda dapat tidur yang nyenyak.

1. Bersukan, Berjoging atau Buat Aktiviti Lasak 

Selepas balik kerja cuba sertai rakan-rakan bersukan seperti bermain bola sepak dan sebagainya. Kalau tak pandai bersukan boleh cuba berjoging di taman. Ini akan memudahkan anda tidur malam kerana banyak tenaga telah dihabiskan pada siang hari.

2. Makan Sebelum Tidur

Pastikan anda makan sebelum tidur. Cukuplah sekadar alas perut sebab makan terlalu banyak pun tak baik untuk kesihatan. Janji perut anda tak menyanyi dangdut sebelum tidur.

3. Kemas Tempat Tidur Dan Hapuskan Bau Tak Menyenangkan

Bilik tidur yang bersepah akan menambah tekanan perasaan. Percayalah jika anda kemas bilik tidur setiap pagi selepas bangun tidur dan apabila sampai masa untuk tidur anda boleh tidur dengan tenang melihat suasana bilik yang teratur dan kemas.

Kalau bilik tidur ada bau tak menyenangkan cuba sembur wangian lembut untuk membangkitkan aroma kesegaran. Kalau bau tak menyenangkan sebab pasangan anda berbau suruh dia mandi dulu ­čÖé

Susah Tidur? Baca Cara Tidur Dengan Mudah

4. Elakkan Berfikir Sebelum Tidur

Kerja pejabat tak akan habis. Anda pencen orang lain pula sambung kerja anda. Jadi jangan terlalu banyak berfikir sebelum tidur soal kerja. Apabila sampai rumah lupakn terus soal kerja dan jangan dilayan orang yang bertanya bab kerja. Nak tanya bab kerja siang esok pun boleh.

Pendek kata, jangan berfikir soal masalah sebelum tidur. Memang masalah menghantui hingga susah tidur tapi jika anda terus berfikir masalah lain pula timbul. Masa tidur anda tidur. Esok baru fikir cara selesaikan masalah.

5. Tutup Lampu Sebelum Tidur 

Tidur dipengaruhi oleh hormon melatonin. Kalau anda tutup lampu sebelum tidur hormon melatonin akan meningkat dan memudahkan anda tidur. Ini daripada sudut sains. Daripada sudut agama Islam nabi pun suruh kita tutup lampu sebelum tidur. Mesti ada sebabnya bukan?

Tidur yang cukup menjadikan otak dan badan cergas untuk mulakan hari baru. Bahaya tak cukup tidur boleh membawa maut. Jadi beringatlah! Kalau susah sangat nak tidur cuba tips dan cara tidur dengan mudah di atas mungkin berkesan untuk anda.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!