Tahun Baru Cina: Rebat Tol 50 Peratus PLUS

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang membayar tol secara elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 50 peratus untuk perjalanan selepas tengah malam di dua rangkaian lebuh raya PLUS.

Dua Lebuh Raya PLUS Terlibat Rebat Tol 50 Peratus

Rebat tol 50 peratus itu akan diberi kepada pengguna pada 27 dan 30 Januari serta pada 3 dan 4 Februari depan. Rebat diberikan untuk perjalanan mulai pukul 12 tengah malam sehingga pukul 6 pagi pada hari-hari yang ditetapkan itu. Lebuh raya yang terlibat adalah:

  • Lebuh Raya Utara-Selatan
  • Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

rebat tol

“PLUS berharap tawaran rebat itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sebelah pagi di kedua-dua rangkaian lebuh raya PLUS itu kerana kenderaan di lebuh raya itu dijangka meningkat kepada 1.6 juta, berbanding 1.4 juta pada hari biasa,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail , di sini hari ini.

Mesti Baca: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150

Beliau berkata, pada tarikh-tarikh itu, pengguna sistem bayaran elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat itu akan dimasukkan ke dalam kad Touch ‘n Go atau kad PLUSMiles masing-masing apabila mereka menambah nilai kad mereka dalam tempoh empat bulan¬†iaitu antara 15 Februari depan sehingga 14 Mei depan di pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS – Sumber Kosmo! Online

Terima kasih kepada PLUS kerana memberikan rebat tol 50 peratus kepada pengguna lebuh raya PLUS yang akan pulang ke kampung sempena cuti panjang Tahun Baru Cina nanti.

Rancang perjalanan sebaik mungkin untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pemberian rebat tol ini untuk mengurangkan kesesakan di siang hari.

Leave a Reply

error: Content is protected !!