Ada Apa Dengan Tahun Melawat Pahang 2017?

Tahun ini adalah Tahun Melawat Pahang 2017. Selain Siti Nurhaliza dan admin yang kacak ada apa lagi dengan negeri Pahang? Atau…. orang kenal negeri Pahang sebab ramai artis dapat “Datuk”?

Ok admin bukan nak cerita bab artis dapat datuk ni tapi nak beritahu pembaca semua datanglah ke negeri Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017 🙂

Kerajaan negeri ketika ini giat melakukan promosi untuk menarik minat sekurang-kurangnya sejuta pelancong dari negara China untuk memilih Pahang sebagai destinasi pelancongan di negara ini.

Tahun Melawat Pahang 2017

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pihaknya yakin untuk mencapai sasaran itu kerana usaha promosi telah dilakukan sejak April 2016.

Pahang sebagai negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan khazanah flora dan fauna dijangka mampu menarik pelancong dari China tahun ini.

Lokasi yang dijangka menjadi pilihan pelancong China adalah Genting Highlands dan pantai-pantai yang terdapat dalam negeri Pahang.

Tahun Melawat Pahang 2017

Genting Highlands

Tahun Melawat Pahang 2017

Cameron Highlands

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin juga berkata pihaknya merancang mengadakan konvoi menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan Tahun Melawat Pahang 2017 yang dijangka bermula pada Februari atau Mac nanti.

“Kita akan berhenti di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan,” katanya.

Majlis pengisytiharan Tahun Melawat Pahang 2017 akan disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, 20 Januari 2017, Jumaat ini, jam 8 malam – Sumber Astro Awani

Untuk info lanjut lokasi pelancongan menarik di Pahang dan info berkaitan boleh terus ke Laman Rasmi Tahun Melawat Pahang 2017. Klik Sini

Admin harap Tahun Melawat Pahang 2017 mendapat sambutan menggalakkan bukan saja daripada pelancong luar tetapi pelancong dalam negara juga memberi sokongan.

Banyak tempat menarik di Pahang seperti Taman Negara, Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Pulau Tioman dan macam-macam lagi.

Di tempat admin sendiri, Temerloh pun ada banyak tempat menarik seperti Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan “trademark” Temerloh iaitu gulai patin masak tempoyak.

Apapun, selamat datang ke negeri Pahang sempena Tahun Melawat Pahang 2017 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!